PROGRAM 'REPLACEMENT OF FOREIGN WORKERS (RFW)'

Inisiatif Penggantian Pekerja Asing

1.png

PENGENALAN

Program REPLACEMENT OF FOREIGN WORKERS (RFW) adalah inisaitif kolaborasi pintar Kerajaan-NGO-Industri yang bertujuan untuk menggalakkan bakat tempatan untuk bekerja di dalam pelbagai sektor industri pembuatan bagi penggantian pekerja asing.

Kolaborasi ini membabitkan:

  1. Malaysia Productivity Corporation (MPC) di bawah Kementerian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

  2. Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memfokuskan kepada pembangunan latihan dan pekerjaan belia berkemahiran.

  3. Pelbagai industri pembuatan yang mempunyai jalinan kerjasama dengan PKPB


Info lanjut mengenai MPC boleh layari  www.mpc.gov.my

2.png

KAEDAH PELAKSANAAN

​Program ini menekankan pendekatan LATIHAN-KERJA-BIMBINGAN yang memerlukan persefahaman dan penglibatan industry dalam memberikan latihan & bimbingan. Semua peserta akan terlibat dengan latihan dan bimbingan seperti berikut:


1. LATIHAN

  • Latihan sebelum memulakan kerja

  • Latihan selepas melapor diri kerja

  • 50% latihan sebelum kerja & 50% latihan semasa bekerja


2. JAMINAN KERJA

  • Peserta wajib memilih majikan yang ingin mereka berkhidmat sebelum menyertai program ini.

  • Peserta juga akan di dedahkan maklumat secukupnya termasuyk kelebihan dan kemudahan yang di tawarkan sebelum menyertai program ini.

3. BAYARAN PENYERTAAN​

  • Tiada yuran di kenakan. Ianya adalah PERCUMA.

  • Kami bukan Agensi Pekerjaan Swasta (APS) sebaliknya inisiatif ini untuk membantu masyarakat bangkit bekerja

4. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  • Warganegara Malaysia

  • Terbuka kepada semua belia yang berumur 18-35 tahun. Untuk yang berumur 36-45 tahun boleh

  • Lelaki dan Perempuan

  • Golongan OKU hanya untuk jawatan yang bersesuaian (syarat khas ditentukan oleh majikan)

  • Minima UPSR atau 3M (Boleh Membaca, Menulis dan Mengira)

(Bagaimana pun, majikan berhak menentukan syarat-syarat tambahan berdasarkan keperluan bahagian operasi kerja)

5. TEMPOH LATIHAN

  • Tempoh Latihan wajib adalah selama 5 hari.

  • Latihan di kendalikan oleh Tenaga Pengajar Projek Belia Mahir dan juga wakil industry/majikan

  • Majikan berhak untuk menambah latihan selepas sesi latihan 5 hari bergantung kepada keperluan bahagian operasi masing-masing

6. SIJIL PENYERTAAN

Sijil Penyertaan akan diberikan kepada semua peserta.

7. ELAUN LATIHAN

Elaun latihan diberikan walaupun latihan di jalankan ketika peserta telah melapor diri bekerja.

INFO LANJUT:

Urusetia Projek Belia Mahir

011-62625353 / 013-7733676

3.png

JAMINAN PEKERJAAN DAN PERMOHONAN

​Pelbagai Industri/Majikan yang menawarkan pelbagai jawatan terlibat dengan Program RFW (Replacement of Foreign Workers).

Anda tidak perlu risau jika anda tidak mempunyai kelayakan akademik tertentu kerana melalui RFW anda akan di latihan oleh Pakar Industri dan Pakar Bimbingan Belia yang membantu anda kekal bekerja. 

​Permohonan di buka sepanjang Tahun 2022. Klik PERMOHONAN untuk proses selanjutnya.