






%20(1).png)
PROJEK BELIA MAHIR

PROJEK BELIA MAHIR adalah sebuah inisiatif atau platform yang di gerakkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) iaitu PERTUBUHAN KEBANGSAAN PEKERJA BERKEMAHIRAN (PKPB).
Dengan membawa semangat BANTU BELIA. BANTU NEGARA. gerakkan ini telah di lancarkan oleh YB Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) pada 22 Mei 2010 di Putrajaya sempena Himpunan Sejuta Belia.
Projek ini menggerakkan usaha membantu GOLONGAN BELIA NEET (Not in Employment, Education and Training) untuk mendapatkan peluang pendidikan tinggi dan latihan kemahiran dengan kolaborasi institusi pengajian tinggi dan institusi latihan kemahiran. Pada masa sama turut berperanan membantu kumpulan sasar tersebut bagi penempatan pekerjaan di dalam pelbagai sektor industri.
Platform ini di sediakan di atas kesedaran bahawa ramai golongan Belia NEET tidak memenuhi kelayakan serta faktor ekonomi (kemiskinan) untuk memulakan kehidupan baru melalui penyertaan di dalam latihan dan pekerjaan.Ini termasuk juga golongan belia yang mempunyai sisi gelap salahlaku dan ingin bangkit dari masa lalu.
Harapan kami hanyalah mahu memastikan golongan tersebut mencapai kesejahteraan sosial dan ekonomi demi kemakmuran bersama.


.jpg)
PERTUBUHAN KEBANGSAAN PEKERJA BERKEMAHIRAN
PERTUBUHAN KEBANGSAAN PEKERJA BERKEMAHIRAN (PKPB) adalah sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan PENDAFTAR PERTUBUHAN (PPM-006-05-24052018).
PKPB merupakan platform kepada para pekerja dari aliran kemahiran (TVET) yang mempunyai Persijilan Kemahiran Malaysia (Sijil Kemahiran Malaysia / Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia) dan lain-lain pensijilan menyumbang balik kepakaran dan khidmat bakti kepada masyarakat melalui pendidikan, latihan dan penempatan pekerjaan.
Pada masa sama aktiviti PKPB adalah menyantuni golongan belia bagi mendapatkan latihan kemahiran TVET dan penempatan pekerjaan.

































Kolaborasi Bersama Syarikat Hebat














.png)




