top of page

PENGASAS

MOHAMMAD RIZAN HASSAN

Beliau adalah seorang aktivis belia/sosial yang fokus memberi bantuan dan bimbingan kepada golongan belia N.E.E.T (Not in Employment, Education and Training).

​

Mendapat pendidikan rendah di SK Ngee Heng, Johor Bahru dan Sekolah dato' Jaafar (SDJ) Johor Bahru. Menimba pengalaman latihan di tempat kerja di sebuah syarikat terkemuka Jepun di Osaka, Jepun. Kemudian berkhidmat dengan pelbagai syarikat Jepun di beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia. 

​

Mempunyai pengalaman luas dalam perindustrian / perkilangan bagi sektor Plastic Injection Moulding, Mekatronik dan Industrial Automation.

​

Merasakan pengalamannya perlu di sumbangkan kepada tenaga kerja muda, beliau melibatkan diri dalam pembangunan latihan kemahiran atau TVET sejak tahun 2000 di Malaysia dan Indonesia. Beliau pernah terlibat dalam membangunkan standard kemahiran pekerjaan dan kurikulum latihan.

​

Berpegang pada prinsip BANTU BELIA BANTU NEGARA, beliau melibatkan diri dalam pembangunan belia di Malaysia dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM). 

​

Semangat memberi sebanyaknya dan bukan menerima sebanyaknya, beliau telah menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti:

​

  • MALAYSIA'S OUTSTANDING PERSONALITY AWARD (LEADERSHIP IN YOUTH DEVELOPMENT) oleh Malaysia Education & TVET Award 2023 bersempena ASEAN HR Excellence Awards

  • BEST NGO CHAMPIONING SKILLS & DEVELOPMENT FOR YOUTHS oleh Malaysia Education & TVET Award 2023 bersempena ASEAN HR Excellence Awards

  • ICLIF LEADERSHIP ENERGY AWARDS (CORPORATE EMPLOYEE - PRIVATE/PUBLIC SECTOR) 2016 oleh The Iclif Leadership and Governance Centre (ICLIF), Bank Negara Malaysia

  • TOKOH BELIA NEGARA 2011 oleh Kerajaan Malaysia

  • TOKOH BELIA ASEAN 2011 oleh The Committee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC)

  • VOICE OF SOCIAL CHANGES 2011 oleh Mayor of Pattaya, Thailand

  • INTERNATIONAL OUTSTANDING YOUTH VOLUNTEER 2012 oleh Humanitarian Affairs United Kingdom

​

​

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • TikTok
QY7A8765.JPG
bottom of page