top of page
bc063e5b-5154-4ffe-8b86-acf87cb66a12.png
7104bc02-9a31-4f3d-961e-355a09fcd968.png

KOLEJ TVET BELIA MAHIR (KTBM) ditubuhkan pada 28 November 2006 di Johor Bahru dengan nama asal Gemilang Motor Academy (GMA). Setelah hampir dua dekad berkhidmat dalam bidang latihan teknikal dan vokasional (TVET), institusi ini menjalani penjenamaan semula pada Mei 2025 sebagai sebahagian daripada agenda transformasi untuk memartabatkan pendidikan TVET dalam kalangan belia luar arus perdana.

KTBM di tauliah dengan No. Pentauliahan: L02052 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. KTBM turut berdaftar dengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi pembiayaan latihan kepada para pelatih.

Bernaung di bawah Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (BELIA MAHIR), KTBM memberi fokus kepada pembangunan belia NEET (Not in Employment, Education or Training), belia marginal, B40, dan bekas pelajar tercicir. Matlamat utama kami adalah untuk membuka ruang kedua kepada golongan ini membina masa depan melalui latihan kemahiran yang praktikal, relevan dan berasaskan industri.

Dengan pendekatan TVET berteraskan sahsiah, disiplin dan nilai kehidupan sebenar, KTBM kini menjadi simbol harapan baru untuk anak-anak muda yang ingin bangkit dan menyumbang kembali kepada masyarakat dan negara.

Menjadi institusi TVET unggul yang memartabatkan belia sebagai tenaga mahir bertaraf dunia.
 

  • Menyediakan latihan teknikal dan vokasional yang berkualiti tinggi, berorientasikan industri dan berpaksikan nilai insaniah.

  • Membangunkan potensi belia secara menyeluruh, dari segi kemahiran, sahsiah, disiplin dan kepimpinan.

  • Menyantuni belia tercicir dan berisiko melalui pendidikan kemahiran sebagai laluan ke arah masa depan lebih baik.

  • Memperkasakan jaringan strategik tempatan dan antarabangsa bagi membuka peluang latihan, pekerjaan dan keusahawanan.

  • Menerapkan semangat patriotisme, integriti dan tanggungjawab sosial dalam setiap graduan sebagai agen perubahan negara.

  • Melahirkan tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional yang menepati keperluan industri semasa dan masa hadapan.

  • Memberi peluang kedua kepada belia tercicir pendididkan untuk membina kerjaya melalui latiahn kemahiran yang berstruktur dan relevan.

  • Menjadi pemangkin mobiliti sosial belia, terutamanya dari latar belakang berisiko dan kurang berkemampuan melaui laluan kerjaya yang mampan

  • Meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui program latihan berteraskan industri, latihan praktikal, serta pembangunan sahsiah dan kepimpinan.

  • Menjalin kerjasama strategik dengan sektor industri, agensi kerajaan dan institusi luar negara dalam memperkukuh sistem latihan kemahiran.

bc063e5b-5154-4ffe-8b86-acf87cb66a12.png

kami di Kolej TVET Belia Mahir (KTBM) beriltizam untuk memberikan perkhidmatan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang berkualiti, relevan dan berpaksikan kepada pembangunan insan serta keperluan industri 

Sebagai institusi yang menjunjung nilai BANTU BELIA BANTU NEGARA, kami berjanji untuk :
 

c8b6ff78-076f-4918-b16a-bac16e630e66.png

Teknologi Automotif

(servis kereta elektrik dan hibrid)

KOD NOSS : G452-007-3-2019

Latihan kemahiran servis, penyelenggaraan dan keselamatan kenderaan elektrik serta hibrid selaras dengan perkembangan teknologi automotif dan industri hijau.
 

Teknologi Automotif
(servis diagnostik kenderaan ringan)

KOD NOSS : G452-002-3-2018

Latihan diagnostik, penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan ringan menggunakan peralatan moden, sistem elektronik automotif dan kaedah penyelesaian masalah profesional.
 

Teknologi MOTORSIKAL (MOTOSIKAL-PERKHIDMATAN DIAGNOSIS)

KOD NOSS : G454-001-3-2018

Latihan diagnostik, penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan ringan menggunakan peralatan moden, sistem elektronik automotif dan kaedah penyelesaian masalah profesional.
 

c8b6ff78-076f-4918-b16a-bac16e630e66.png
DSC_0380
DSC_0018
DSC_0032
DSC_0107
DSC_0269
DSC_0047
DSC_0001
DSC_0044

PROJEK BELIA MAHIR

Jadi Sahabat Kami

Terima kasih. Anda bersama kami!

+60107601076 / +60137733676

No. 8-2, Jalan Puteri 2A/5, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • TikTok
  • Whatsapp
bottom of page