top of page
Search

INSTITUSI LATIHAN TVET PERLU PERTINGKATKAN KEMUDAHAN ALATAN LATIHAN MELALUI BANTUAN PEMBIAYAAN ATAU GERAN PADANAN DARI KERAJAAN.



  1. Pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) merupakan satu saluran yang berperanan bukan sahaja sebagai saluran untuk memproses dan menghasilkan tenaga kerja mahir tempatan, TVET juga merupakan enjin pembangunan negara ke era revolusi IR 4.0 yang menuntut institusi TVET memiliki peralatan latihan yang setara dengan keperluan industri.

  2. Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (atau dikenali sebagai Projek Belia Mahir) telah bekerjasama dengan SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) menganjurkan Sesi Taklimat Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) 2.0 kepada 35 Institusi Latihan TVET bumiputera pada 6 Februari 2024 bertempat di Hab PMKS KL Sentral.

  3. Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) 2.0 ialah program pembangunan perniagaan untuk Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Bumiputera termasuk Institusi Latihan TVET bagi mewujud dan membangunkan usahawan (pengendali institusi latihan TVET) yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik melalui bantuan bersepadu.

  4. Usaha ini di ambil di atas kesedaran betapa pentingnya Institusi TVET mempersiapkan diri dengan kemudahan peralatan latihan berteknologi tinggi dalam usaha melahirkan tenaga kerja mahir untuk keperluan industri negara.

  5. Menerusi bantuan-bantuan yang ada di SME Corp, ianya secara tidak langsung membantu Institusi TVET memperkukuhkan teras institusi latihan, membina kapasiti dan keupayaan dan meningkatkan produktiviti.

  6. Sesi taklimat di sampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Hj. Abd. Razak Omar, Ahli Perbadanan SMECOrp yang menekankan bahawa pentingnya ilmu latihan teknologi dalam TVET seperti pengendalian mesin atau perisian, akan menjadi lebih menarik dan lebih tepat jika pelajar dapat mempelajarinya dengan peralatan latihan yang terkini.

  7. Peralatan teknologi yang canggih yang mahal serta bersaiz besar adalah mustahil untuk diletakkan di dalamInstitusi TVET melainkan dengan sokongan dan dokongan pembiayaan dari Kerajaan seperti program-program pembiayaan dari SMECorp.




76 views0 comments

Comments


bottom of page