Pengenalan
KOLEJ TVET BELIA MAHIR (KTBM) ditubuhkan pada 28 November 2006 di Johor Bahru dengan nama asal Gemilang Motor Academy (GMA). Setelah hampir dua dekad berkhidmat dalam bidang latihan teknikal dan vokasional (TVET), institusi ini menjalani penjenamaan semula pada Mei 2025 sebagai sebahagian daripada agenda transformasi untuk memartabatkan pendidikan TVET dalam kalangan belia luar arus perdana.
KTBM di tauliah dengan No. Pentauliahan: L02052 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. KTBM turut berdaftar dengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi pembiayaan latihan kepada para pelatih.
Bernaung di bawah Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (BELIA MAHIR), KTBM memberi fokus kepada pembangunan belia NEET (Not in Employment, Education or Training), belia marginal, B40, dan bekas pelajar tercicir. Matlamat utama kami adalah untuk membuka ruang kedua kepada golongan ini membina masa depan melalui latihan kemahiran yang praktikal, relevan dan berasaskan industri.
Dengan pendekatan TVET berteraskan sahsiah, disiplin dan nilai kehidupan sebenar, KTBM kini menjadi simbol harapan baru untuk anak-anak muda yang ingin bangkit dan menyumbang kembali kepada masyarakat dan negara.
Visi & Misi
VISI
Menjadi institusi TVET unggul yang memartabatkan belia sebagai tenaga mahir bertaraf dunia.
MISI
-
Menyediakan latihan teknikal dan vokasional yang berkualiti tinggi, berorientasikan industri dan berpaksikan nilai insaniah.
-
Membangunkan potensi belia secara menyeluruh — dari segi kemahiran, sahsiah, disiplin dan kepimpinan.
-
Menyantuni belia tercicir dan berisiko melalui pendidikan kemahiran sebagai laluan ke arah masa depan yang lebih baik.
-
Memperkasakan jaringan strategik tempatan dan antarabangsa bagi membuka peluang latihan, pekerjaan dan keusahawanan.
-
Menerapkan semangat patriotisme, integriti dan tanggungjawab sosial dalam setiap graduan sebagai agen perubahan negara.
Objektif Kualiti
-
Melahirkan tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional yang menepati keperluan industri semasa dan masa hadapan.
-
Memberi peluang kedua kepada belia yang tercicir pendidikan untuk membina kerjaya melalui latihan kemahiran yang berstruktur dan relevan.
-
Menjadi pemangkin mobiliti sosial belia, terutama dari latar belakang berisiko dan kurang berkemampuan, melalui laluan kerjaya yang mampan.
-
Meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui program latihan berteraskan industri, latihan praktikal, serta pembangunan sahsiah dan kepimpinan.
-
Menjalin kerjasama strategik dengan sektor industri, agensi kerajaan dan institusi luar negara dalam memperkukuh sistem latihan kemahiran.
%20(2).jpg)
Piagam Pelanggan
Kami di Kolej TVET Belia Mahir (KTBM) beriltizam untuk memberikan perkhidmatan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang berkualiti, relevan, dan berpaksikan kepada pembangunan insan serta keperluan industri.
Sebagai institusi yang menjunjung nilai BANTU BELIA. BANTU NEGARA, kami berjanji untuk:
1. Komitmen Kepada Pelajar
-
Menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan inklusif.
-
Menawarkan latihan kemahiran yang relevan, terkini dan berteraskan keperluan industri.
-
Memastikan semua pelajar menerima bimbingan kemahiran, kerjaya dan sahsiah sepanjang tempoh pengajian.
-
Memberi respon terhadap sebarang aduan dan maklum balas dalam tempoh 5 hari bekerja.
2. Kecekapan Perkhidmatan
-
Menyediakan maklumat program, yuran dan kemasukan secara jelas dan telus.
-
Mengurus permohonan kemasukan pelajar dalam tempoh 7 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.
-
Mengeluarkan surat tawaran rasmi dalam tempoh 3 hari bekerja selepas keputusan diterima.
3. Hubungan Industri & Penempatan
-
Menjalin kerjasama aktif dengan industri untuk penempatan latihan industri dan peluang pekerjaan pelajar.
-
Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar tamat pengajian ditawarkan peluang pekerjaan, sambung belajar atau keusahawanan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat latihan.
4. Penambahbaikan Berterusan
-
Menilai semula kurikulum sekurang-kurangnya sekali setiap 2 tahun agar sejajar dengan kehendak industri.
-
Melaksanakan sistem audit dalaman kualiti dan latihan staf secara berkala.
-
Menerima maklum balas pelanggan secara terbuka dan menggunakannya untuk penambahbaikan.
Kami percaya bahawa setiap belia berhak mendapat peluang kedua untuk berjaya.
Di Kolej TVET Belia Mahir, kami bukan sekadar melatih — kami membentuk masa depan.
​
"BANTU BELIA. BANTU NEGARA."
.png)
.png)





