top of page
Search

BAKAT TVET POLITEKNIK SHAH ALAM BAKAL JALANI PENINGKATAN KEMAHIRAN DI CHINA

Writer: Belia Mahir (Rizan Hassan)Belia Mahir (Rizan Hassan)


Projek Belia Mahir berkesempatan bertemu dengan sebahagian pelajar di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam. Mereka adalah pelajar dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) dan Kejuruteraan Elektronik (Perubatan).


Pertemuan petang tadi adalah mengenai perancangan penghantaran bakat TVET ke China melalui Malaysia-China Youth TVET Training / Malaysia-China Institute (MCI).


Mengapa China menjadi pilihan?


Secara asasnya, keperluan segera TVET negara kita ialah mengenai persoalan latihan teknikal untuk disesuaikan dengan keperluan industri semasa kerana kita menuju ke arah digitalisasi, AI dan semua aplikasi dalam kehidupan kita sekarang mempunyai dua elemen ini iaitu AI dan digitalisasi.


Untuk bergerak ke hadapan, Malaysia dan China melihat kaedah untuk meningkatkan latihan TVET antara dua negara, melibatkan institusi TVET, industri, akademia dan juga agensi kerajaan serta NGO amatlah mustahak sebagai satu pasukan yang bekerja kuat memartabatkan TVET lalu menjadikan TVET sebagai suatu budaya baru masyarakat Malaysia.






 
 
 

Comentarios


PROJEK BELIA MAHIR

Jadi Sahabat Kami

Terima kasih. Anda bersama kami!

+60107601076 / +60137733676

No. 8-2, Jalan Puteri 2A/5, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • TikTok
  • Whatsapp

©2019 by PERTUBUHAN KEBANGSAAN PEKERJA BERKEMAHIRAN. Proudly created with Wix.com

bottom of page