Search

BANTU RAKYAT, BANTU NEGARA

BANTU RAKYAT, BANTU NEGARA


Tahun ini saya tidak ada poster ucapan Aidilfitri untuk di kongsikan. Cuma saya ada sedikit bingkisan untuk tontonan semua sahabat, khususnya yang telah menyumbang dana bagi membangunkan dan menyerlahkan potensi BELIA NEET (Not in Employment, Education and Training) termasuk Belia Tercicir dan Belia Berisiko.


Video yang tak seberapa ini ialah bimbingan kepada belia yang kita santuni supaya kembali kepada asas kehidupan iaitu SYUKUR & TERIMA KASIH.


Terima kasih kepada semua yang menyumbang dana dan percaya pada Projek Belia Mahir melalui platform:


a. PUAK Payong b. Federasi Kebangsaan Pekerja Belia Malaysia

c. Skim Perantisan Nasional. Jabatan Belia Dan Sukan Negara d. TVET Youth Centre (Urusetia Belia Mahir)


Tontonilah video ini dan berikanlah kata-kata motivasi dan inspirasi agar kumpulan yang kami santuni terus melangkah untuk kehidupan yang lebih baik.


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin



daripada; Rizan Hassan | 013-7733676


Video 1: Janganlah Buat Ibu Sedih...


Video 2: Wa Caya Sama Lu Bro....kata si ibu kepada anaknya


Video 3: Janji Nak Bagi Mak Duit Gaji Bulanan

Video 4: Mak Pesan Jangan Buas....

Video 5: Perjuangan Cari Kerja Demi Membantu Ibu Sakit Kanser


Video 6: BMI Tak Lepas Tapi Usaha Turunkan 4kg dalam 3 hari





102 views0 comments