top of page
Search

DASAR PANDANG KE TIMUR 2.0 LIHAT CHINA KUASA TVET DUNIA


KENYATAAN MEDIA

TAJUK: DASAR PANDANG KE TIMUR 2.0 MAMPU MENGARUSPERDANA TVET MALAYSIA


  1. Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (dikenali sebagai BELIA MAHIR) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang juga Pengerusi Majlis TVET (MTVET) di atas penganugerahan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan oleh Shibaura Institute of Technology (SIT), salah sebuah universiti terkemuka di Jepun dalam bidang teknikal, teknologi dan kejuruteraan.

  2. BELIA MAHIR berkeyakinan dan percaya bahawa penganugerahan ini adalah sebagai penghargaan atas peranan penting beliau sebagai Pengerusi Majlis TVET (MTVET) negara selain mengiktiraf usaha dan sumbangan beliau khususnya dalam mewujudkan Pelan Tindakan (Blueprint) TVET Kebangsaan bagi memperkasakan TVET negara.

  3. BELIA MAHIR juga menyambut baik kenyataan beliau bahawa Dasar Pandang ke Timur 2.0 turut memberikan perhatian kepada China sebagai destinasi utama bagi membangunkan bakat kemahiran TVET tempatan di kalangan generasi muda.

  4. Ketika pelbagai usaha di gerakkan dalam membangunkan bakat kemahiran TVET dan melipatgandakan kompetensi tenaga kerja dalam pelbagai bidang, Malaysia harus berusaha untuk mempelajari apa-apa jua yang dapat membantunya. Negara China diterima dunia hari ini sebagai contoh kejayaan dunia moden.

  5. Salah satu bidang kejayaan negara China ialah teknologi. Sekarang negara China bukan sahaja dapat menandingi negara-negara maju di Barat, bahkan ia lebih maju dan berjaya dalam banyak bidang yang di mulakan dengan latihan TVET.

  6. Melalui inisiatif “Belt & Road Initiative (BRI)”, China dapat menguasai pasaran dunia kerana semua sektor di China bertindak sebagai satu perkongsian hinggakan mampu menawarkan latihan TVET percuma kepada dunia termasuk Malaysia.

  7. Maka, keazaman YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Majlis TVET (MTVET) untuk menghantar pelajar menuntut ilmu kemahiran TVET di China perlu di sambut dengan suatu kesedaran dengan hakikat bahawa kejayaan TVET Malaysia adalah bergantung kepada kesanggupan pemain TVET di Malaysia untuk bekerjasama sebagai satu pasukan tanpa lagi ada batasan dan halangan melibatkan ketidakseragaman 12 kementerian yang melaksanakan TVET.

  8. Dasar Pandang ke Timur 2.0 yang menekankan TVET ke China juga bakal melahirkan generasi pekerja masa hadapan Malaysia yang bekerja kuat, taat kepada majikan dan organisasi, bekerja dengan disiplin sebagai satu pasukan, berdedikasi dan bermotivasi.

  9. Kita tidak mempunyai banyak masa untuk disia-siakan. Kalau boleh kita mesti mencari cara singkat atau 'shortcut' bagi mencapai sesuatu melalui peluang yang telah China hidangkan. Seperti kata pujangga 'fools learn from their own mistakes, wise men learn from other people's mistakes', kita harus mempelajari daripada pengalaman orang lain.

  10. Dasar Pandang Ke Timur 2.0 lahir daripada kenyataan kejayaan beberapa negara di Timur termasuk China. Ketika dunia di persimpangan -- ketika dunia berhadapan dengan berbagai krisis seperti ekonomi, politik, keselamatan, dan lain-lain, cuma yang buta hati dan angkuh sahaja yang tidak sanggup menilai kelemahan diri dan belajar daripada mereka yang terbukti berjaya.


Sekian terima kasih.


MOHAMMAD RIZAN HASSAN

Setiausaha Agung

Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (BELIA MAHIR)


Tel: 013-7733676

21.02.2024


3 views0 comments

Recent Posts

See All

コメント


bottom of page