Mendekati BELIA NEET (Not in Employment, Education and Training) bukan semudah menyebut ABC. Menyantuni mereka memerlukan komitmen berterusan, bukan penganjuran program bersifat “datang dan pergi”. Di sini, kita perlu mencungkil bakat dan potensi mereka, kemudian menyerlahkannya. Paling sukar ialah meletakkan diri kita menjadi rakan kongsi dan orang dewasa yang di percayai.
Latihan kemahiran atau TVET adalah intervensi sosial yang paling berkesan. Tapi, pendekatan perlu berubah.
Adakalanya kita perlu mengakui latihan kemahiran tidak formal perlu di beri ruang dan peluang membuktikan mampu melahirkan tenaga kerja yang kompeten khususnya sikap yang betul dui tempat kerja. Maka suasana latihan perlu berubah dimana industri di beri peranan menyeluruh dengan cara mereka bukan di beri peranan dengan mengikut cara penyedia latihan.
Langkah pertama ialah memastikan penyedia latihan berada di dalam premis industri! Ianya tidak boleh di pisahkan. Itu falsafah kami tentang Teaching Factory (TEFA).
Teaching Factory (TEFA) menggunakan Kurikulum/Modul Progresif yang berdasarkan hasil, menjadikan pengajaran dan pembelajaran menarik dan berkesan. Ini mewakili pendekatan sistem total yang mengubah pengetahuan teori menjadi kemahiran dan kecekapan. Apabila dilaksanakan dengan betul, ia memberi kesan yang kuat bukan hanya pada kualiti dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga pada sikap dan pemikiran ahli kumpulan khususnya pelajar.
TEFA ini akan di gerakkan di GEMILANG MOTOR ACADEMY, di mana interaksi sistemik positif ini menyumbang kepada pembentukan persekitaran yang memupuk kerja berpasukan, inovasi, hubungan yang kuat dengan industri, dan fokus yang kuat pada pengembangan keupayaan.
Oleh Rizan Hassan
Comments