top of page
Search

MOHD IKHWAN PILIH TVET KE PENTAS ANTARABANGSA



ANDA WAJIB BACA!


Anak muda ini bernama Mohd Ikhwan bin Mohd Fahmi Petrus, berusia 18 tahun. Meninggalkan alam persekolahan ketika berusia 16 tahun. Melalui Projek Belia Mahir dia mendapatkan latihan Teknologi AUtomotif di GEMILANG MOTOR ACADEMY.


Semasa di SKM Tahap 3, beliau menjalani latihan tambahan Kelas Bahasa Mandarin dan berjaya menduduki peperiksaan kompetensi komunikasi bahasa tersebut.


Beliau meluahkan hasrat untuk melanjutkan latihan Automotif secara jangkamasa panjang 2-3 tahun di China!


Namun, sebelum ke China, Projek Belia Mahir tawarkan latihan dan pekerjaan bersama kami bagi menguruskan para belia ke China untuk program Malaysia-China Youth TVET Training.


"Kau akan berulang-alik setiap bulan ke China, pergi ke setiap wilayah di sana. kau akan turut belajar bersama peserta dna best nya kau akan belajar pelbagai bidang secara percuma. Aku ikat kau 1 tahun dengan aku. Semuanya FREE dan ada gaji tetap. Umur 18 tahun ni muda sangat tapi kau dah buat kerja setara dengan profesional. Kau bgtau mak kau, aku nak jumpa dan kita set kasi jadi".


Dia setuju. ALhamdulillah.


Projek Belia Mahir sedang bentuk IKON TVET MASA HADAPAN dari kelompok asal Belia NEET (Not in Employment, Education and Training)





26 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page