KLIK DI BAWAH UNTUK PERMOHONAN
SELEPAS KLIK, ADA BAIKNYA ANDA MEMBACA MAKLUMAT LANJUT PELUANG LATIHAN & PEKERJAAN INI DI BAWAH.
PENGENALAN
Golongan belia sering dikaitkan dengan isu pekerjaan iaitu berkaitan dengan ketidakpadanan dengan keperluan industri dan pengangguran. Pada masa sama, belia yang tidak mempunyai kelayakan akademik atau gagal peperiksaan persekolahan atau tidak menamatkan persekolahan berdepan masalah memasuki alam pekerjaan.
Bagi menangani hal ini, PERTUBUHAN KEBANGSAAN PEKERJA BERKEMAHIRAN (lebih dikenali sebagai PROJEK BELIA MAHIR) bekerjasama dengan INTERNATIONAL LABOUR ORGANIZATION (ILO) mempelawa golongan belia untuk menyertai program berkonsepkan LATIHAN DENGAN JAMINAN PEKERJAAN bersama beberapa industri/majikan dalam Industri FOOD & BEVERAGES (F&B) atau Servis Operasi Makanan & Minuman. Program ini juga mendapat sokongan kerjasama dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).
NAMA PROGRAM
Program ini dikenali dengan nama ILO YOUNG FUTUREMAKERS MALAYSIA (FOOD & BEVERAGES - F&B)
BIDANG LATIHAN
Food & Beverages Service (F&B)
TEMPOH LATIHAN
Tempoh latihan selama 2 bulan (beserta dengan elaun dan kemudahan lain). Tamat latihan akan di tawarkan bekerja dengan gaji tetap dan faedah-faedah lain.
TEMPAT LATIHAN
Tempat latihan bukan di Institut atau Kolej, sebaliknya terus di tempat kerja. Buat masa ini industri/majikan yang bekerjasama memberikan latihan adalah di sekitar Kuala Lumpur / Selangor / Putrajaya / Cyberjaya. Majikan yang tawarkan tempat latihan dan bekerja adalah seperti di bawah:
FAEDAH DAN KELEBIHAN PROGRAM INI
Yuran Pendaftaran adalah PERCUMA
Yuran Latihan adalah PERCUMA
Tenaga pengajar adalah Pakar Industri F&B dari industri/majikan
Elaun Latihan sebanyak RM 1,200.00 sebulan
Tamat Latihan (selepas 2 bulan) akan terima gaji tetap dan faedah lain
Tidak perlu buat pinjaman latihan (seperti di Institut/Kolej)
Tidak ada isu bayaran balik pinjaman
Sepanjang latihan boleh bekerja lebih masa dengan upah tambahan
Sepanjang latihan boleh bekerja semasa hari cuti dengan upah tambahan
KEMUDAHAN PENGINAPAN ASRAMA & PENGANGKUTAN
Ianya tertakluk kepada budi bicara industri/majikan yang memililh peserta.
TEMUDUGA
Sesi temuduga akan di adakan sebaik sahaja menerima permohonan dari anda. Temuduga di adakan secara fizikal, namun temuduga online hanya akan di adakan jika perlu dengan persetujuan industri/majikan.
BILAKAH LATIHAN AKAN BERMULA?
Jika anda terpilih, latihan perlu bermula pada 20.04.2024 sehingga 20.04.2024 (sebarang perubahan tertakluk kepada keputusan penganjur/penaja program)
BILANGAN PENGAMBILAN
Pengambilan terhad kepada 80 orang sahaja
SYARAT-SYARAT PERNYERTAAN
Warganegara Malaysia
Berumur 16-30 tahun
Lelaki dan Perempuan
Sihat tubuh badan
Boleh 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
Minat dalam pekerjaan F&B
PERHATIAN: Jika pemohon seperti kumpulan di bawah, anda JUGA LAYAK MEMOHON DAN MENYERTAI PROGRAM INI:
Tidak tamat persekolahan menengah
Gagal peperiksaan akademik sekolah (PT3 atau SPM)
Pernah berada di Institusi Perlindungan / Kebajikan (seperti Sekolah Tunas Bakti / Sekolah atau Asrama Akhlak atau Kepulihan Dadah)
Pelajar dari Tahfiz / Madrasah / Sekolah Pondok
Anak Yatim
CARA MEMOHON
Permohonan secara online. Sila klik link di bawah:
TUTUP PERMOHONAN: 12.02.2024
PERTANYAAN
010-3707171 (Azwan Shaharis)
013-7733676 (Rizan Hassan)
Comments