top of page
Search

PENERANGAN RINGKAS TENTANG BELIA MAHIR



PROJEK BELIA MAHIR bukanlah sebuah institusi latihan kemahiran atau juga kolej kemahiran.

Kami mempunyai rakan kerjasama dengan institusi latihan kemahiran awam dan swasta serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi perlaksanaan program-program tertentu.

BELIA MAHIR JUGA ADALAH PLATFORM PELUANG KEDUA

Sebagai platform kepada golongan belia yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik atau kemahiran disebabkan tidak memenuhi kelayakan serta faktor ekonomi (kemiskinan) termasuk yang mempunyai sisi gelap salahlaku dan ingin bangkit dari masa lalu.

Inisiatif ini juga memfokuskan kepada Golongan N.E.E.T (Not in Employment, Education and Training) dibantu mempertingkatkan kesejahteraan ekonomi dan sosial mereka. ​ Pada masa sama BELIA MAHIR turut berperanan membantu penempatan pekerjaan kepada graduan akademik dan kemahiran.

Inisiatif ini telah digerakkan dan dilancarkan pada 22 Mei 2010 di Putrajaya sempena Himpunan Sejuta Belia 2010.

113 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page