Search

SKIM PERANTISAN NASIONAL: PENDEKATAN KUALITI MENYELURUH

Updated: Jan 17, 2021


SKIM PERANTISAN NASIONAL (SPN)


Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan untuk membantu peluang pekerjaan untuk golongan belia. Permohonan kini di buka:

.

http://perantisan.kbs.gov.my

http://perantisan.kbs.gov.my

http://perantisan.kbs.gov.my


#######-------


Bimbingan Kerjaya

PENDEKATAN KUALITI MENYELURUH


Sebagai seorang pekerja, kita perlu mempunyai falsafah yang jelas dan murni iaitu untuk memberi perkhidmatan yang terbaik serta dapat memberi kepuasan kepada semua pihak.


Sebagai warga kerja di dalam sebuah organisasi, ianya milik bersama. Kita mesti juga sentiasa bersikap sensitif akan kehendak-kehendak orang ramai dan setakat yang mungkin berusaha untuk memuaskan hati mereka semasa kita memberi perkhidmatan.


Bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa ditahap yang cemerlang, kita hendaklah melaksanakan janji-janji seperti yang di gariskan dalam polilsi syarikat.


Sesungguhnya kerja-kerja yang dilakukan dengan baik dan sempurna adalah merupakan satu ibadat yang dituntut oleh agama;


Satu perkara terpenting dan menjadi keutamaan ialah Mengikut Masa (timeliness). Perkhidmatan yang kita berikan hendaklah disesuaikan dengan peredaran masa serta bersesuaian dengan keadaan persekitaran yang tidak statik. Ia juga bermakna kerja-kerja yang kita hasilkan hendaklah cepat, tepat serta bijak menguruskan masa yang terhad;


Kesedaran kos (cost conciousness) pula memberikan makna bahawa sumber-sumber yang ada di jabatan kita hendaklah diuruskan dengan baik, berkesan dan teratur serta ekonomik;


Bagi kemajuan berterusna pula, soal penambahbaikan yang berterusan (continuous improvement) perlu di gerakkan bersama. Ini bermakna tindakan-tindakan kerja yang dibuat hendaklah berorientasikan matlamat jangka panjang. Perkhidmatan yang berkualiti tidak akan memberi apa erti sekiranya kita hanya memberi perkhidmatan yang berkualiti pada hari atau waktu-waktu yang tertentu sahaja;


Pengamalan pendekatan kualiti menyeluruh juga memerlukan kepada penglibatan menyeluruh (total participation) semua peringkat anggota organisasi untuk meningkatkan kecemerlangan. Usaha-usaha ke arah melaksanakan pengurusan kualiti tidak akan berjaya sekiranya hanya satu-satu pihak sahaja mempunyai kesedaran atau mengamalkan kualiti dalam setiap kerjanya. Tanggungjawab kita untuk melaksanakan program pendekatan kualiti ini merupakan satu tugas yang berat dan mencabar. Quality is never an accident. It is always the result of intelligent effort. There must be the will to produce a superior thing.


Kerana itulah pengurusan yang berasaskan kualiti bukanlah sesuatu yang diperolehi dengan senang tanpa usaha.


Seorang bangsa Jepun yang pernah memegang jawatan sebagai CEO Matsushita, Toshihiko Yamashita, menerangkan kejayaan boleh diibaratkan sebagai mendaki sebuah gunung. "Trudging up a steep path with heavy back bag is hardwork ... but when you reach the top, there is an exhilarating sense of accomplishment. You forget the heat, the twisted ankel and your blisters and you began about thinking the next mountain... Running marathon is like mountain climbing, battle against pain and fatigue. The point: to endure.


Nothing matches the elation of pushing yourself to the limit and staying the course. Accepting difficult new work assignment is another way of testing yourself. There is no fun doing the same easy job".


Apa yang penting ia memerlukan kesungguhan, usaha dan komitmen. Kita semua hendaklah mengamalkan nilai-nilai yang positif seperti amanah, cekap, berdisiplin, dayacipta, budaya kerja secara berpasukan dan sebagainya. Tuntutan kepada bekerja dengan cemerlang dan bersungguh-sungguh, sebenarnya adalah selari dengan ajaran agama kita. Nabi Muhammad SAW telah bersabda `Sesungguhnya Allah suka jika seseorang itu bekerja, maka ia bekerja dengan tekun'.


7 views0 comments