Search

SKIM PERANTISAN NASIONAL: HASIL MENENTUKAN GANJARAN



SKIM PERANTISAN NASIONAL (SPN)

Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan untuk membantu peluang pekerjaan untuk golongan belia. Prmohonan kini di buka:


http://perantisan.kbs.gov.my

http://perantisan.kbs.gov.my

http://perantisan.kbs.gov.my



===============

Bimbingan Kerjaya


HASIL MENENTUKAN GANJARAN


Orang menganggap kita bertuah, apabila kita mencapai kejayaan besar dengan lebih pantas dan lebih mudah berbanding orang lain, tetapi semuanya berlaku adalah berdasarkan kebarangkalian.


Orang yang berjaya sentiasa mengambil tindakan, sama ada besar ataupun kecil, bagi meningkatkan kebarangkalian mereka mencapai matlamat yang diimpikan. Kejayaan itu adalah penghargaan buat diri mereka sendiri, atas perwatakan peribadi yang dibawa, terutamanya kesanggupan bekerja dengan keras melebihi orang lain.


Orang yang gagal pula sering mengaitkan kejayaan yang tidak berpihak kepada mereka dengan nasib malang, dan suka menyalahkan orang lain serta keadaan sebagai puncanya.


Prinsip kejayaan yang terunggul adalah, melalui kebolehan diri kita yang dapat menghasilkan sesuatu yang bernilai. Disebabkan nilai itu, individu lain sanggup membayar kita, menaikkan pangkat kita, memajukan kita, membuka peluang kita, dan menempatkan diri kita pada tahap yang tinggi dalam pekerjaan kita.

111 views0 comments
<