Search

SKIM PERANTISAN NASIONAL: POTENSI KITA TIADA HADNYA


03.02.2021 | Kilang VS INDUSTRY BERHAD di Senai, Johor


Kilang pembuatan produk DYSON ini semakin terkenal di Johor Bahru dan memerlukan tenaga kerja yang ramai.


Alhamdulillah. Hari ini seramai 10 orang BELIA NEET (Not in Employment, Education and Training telah kami bantu dapatkan pekerjaan sebagai Secondary Process Crew di syarikat ini.



POTENSI KITA TIADA HADNYA

Apa yang Dapat Kita Lakukan Sekarang


1. Putuskan hari ini yang kita akan berfikir dan bercakap mengenai perkara yang kita mahukan dalam hidup. Apakah perkara itu?


2. Cabar kepercayaan terhad kita, kenal pasti idea negatif yang menyekat kemampuan diri, kemudian bertindak seolah-olah semua perkara itu tidak benar.


3. Harapkan yang terbaik dalam setiap situasi. Bayangkan kita sudah dijamin akan berjaya dalam setiap bidang yang diceburi dan bertindak sewajarnya.


4. Kenal pasti masalah utama ataupun cari punca kebimbangan kita hari ini. Apa yang dapat kita pelajari daripadanya yang akan membuatkan kita lebih baik dan lebih tabah pada masa hadapan?


5. Pupuk minda kita perihal kejayaan dengan mengulangi kepastian peribadi, iaitu matlamat kita secara positif dan dijadikan kebiasaan. Saya akan....


6. Kawal pengaruh tujuan dalam persekitaran kita, suntik maklumat ke dalam minda kita secara berulang kali melalui buku-buku, rakaman audio, orang ramai, dan perbualan yang positif.


7. Disiplinkan diri membantu kita dalam setiap pengalaman yang dilalui. Selalunya kita akan temuinya.




63 views0 comments