Search

SKIM PERANTISAN NASIONAL: PRODUKTIVITI ATAU DAYA PENGELUARAN PENTING DALAM MEMBANGUNKAN NEGARA


SKIM PERANTISAN NASIONAL (SPN)


Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan untuk membantu peluang pekerjaan untuk golongan belia. Permohonan kini di buka:

.

http://perantisan.kbs.gov.my

http://perantisan.kbs.gov.my

http://perantisan.kbs.gov.my


#######-------


Bimbingan Kerjaya

PRODUKTIVITI ATAU DAYA PENGELUARAN PENTING DALAM MEMBANGUNKAN NEGARA


Produktiviti atau daya pengeluaran adalah faktor yang terutama sekali dalam pembangunan sesebuah masyarakat atau negara. Oleh itu amatlah penting kita faham apa yang dimaksudkan dengan daya pengeluaran dan peranan yang dimainkan olehnya. Dan tidak kurang pentingnya ialah usaha mengamalkan cara-cara meningkatkan daya pengeluaran.


Daya pengeluaran akan meningkat jika daya bercakap dikurangkan.


Sebenarnya peningkatan daya pengeluaran bergantung kepada beberapa faktor yang mudah diamalkan. Yang pertama dan utama ialah kerajinan. Walau apa sistem atau alat atau jentera atau teknik digunakan, jika malas, pengeluaran tidak akan sejajar dengan kemudahan yang disediakan. Oleh itu tabiat rajin bekerja mestilah dipupuk sebagai satu daripada nilai yang termulia sekali dalam masyarakat kita. Orang yang rajin mesti dihormati bukan sahaja oleh majikan tetapi juga oleh pekerja dan kesatuan-kesatuan mereka. Seterusnya masyarakat mesti menghormati orang yang rajin.


Amalan bahawa kita harus kerja mengikut 'speed' pekerja yang 'slow' sekali akan menggugat daya pengeluaran kita. Sepatutnya kita berlumba-lumba untuk mengeluarkan servis atau barangan dengan sebanyak-banyaknya dengan mutu yang tinggi dalam masa yang ditentukan.


Mungkin ada yang berfikir bahawa ini akan menjadikan kita hamba kepada majikan ataupun kita terlalu mengejar kejayaan kebendaan. Tetapi dalam dunia yang berlumba-lumba ini, daya pengeluaran yang rendah akan menyebabkan kekalahan dalam pasaran dan akhirnya pengangguran pekerja atau sekurang-kurangnya pendapatan mereka tidak akan meningkat.


Secara tidak langsung orang yang mempunyai daya pengeluaran yang rendah akan jadi hamba kepada orang lain. Oleh itu untuk kepentingan diri, jika tidak kepentingan syarikat atau perusahaan, atau kepentingan negara, pekerja mestilah bekerja kuat. Pekerja dan pegawai harus tidak lupa bahawa majikan yang maju dan negara yang makmur tetap akan memberi keuntungan kepada mereka, secara langsung melalui tambahan pendapatan, dan secara tidak langsung melalui kemudahan am seperti persekolahan untuk anak, hospital dan klinik, jalan dan beribu-ribu manfaat yang lain. Jika negara-negara yang maju mempunyai kemudahan untuk orang ramai yang termoden dan lengkap, sebabnya ialah pendapatan Kerajaan adalah tinggi hasil dari tingginya daya pengeluaran rakyat.


23 views0 comments