top of page
Search

TAKLIMAT MOBILITI ANTARABANGSA KE CHINA UNTUK 200 PELAJAR PSAS



Projek Belia Mahir diberi peluang bertemu dengan pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Behrang bagi menerangkan pelaksanaan Malaysia-China Youth TVET Training / Malaysia-China Institute (MCI). Di jangka seramai 200 orang pelajar dari PSAS akan di hantar ke China bagi peningkatan kemahiran bidang seperti Electric Vehicle (EV), Solar Technology dan banyak lagi.


Kejayaan China dalam program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) adalah antara bidang baharu yang boleh dimanfaatkan dan dicontohi oleh Malaysia, selaras dengan keputusan kerajaan untuk memasukkan negara Tembok Besar itu dalam Dasar Pandang Ke Timur 2.0


YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdfana Menteri dan Menteri KKDW yang juga Pengerusi Majlis TVET (MTVET) begitu komited dalam memastikan kedua-dua negara boleh meningkatkan program latihan TVET kerana ia penting dalam memenuhi keperluan kecerdasan buatan (AI), digitalisasi dan Revolusi Perindustrian 4.0.


Maka, penghantaran 2000 bakat TVET tempatan di kalangan generasi muda ke China tahun ini bakal menyaksikan perubahan yang lebih baik dalam usaha mengarusperdanakan TVET negara.






33 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page