top of page
Search

Turun 30-38 Sekolah

Writer's picture: Belia Mahir (Rizan Hassan)Belia Mahir (Rizan Hassan)

PENGUMUMAN PENTING


Bagi saya, kita sudah tidak ada masa. Suka atau tidak, cabaran sosial untuk belia bersekolah cukup mendebarkan. Saya tidak boleh tidur lena, kerana saya orang di lapangan yang lahir di tengah masalah masyarakat. Saya perlukan pasukan yang kuat dan ikhlas berkongsi tenaga, masa, wang ringgit dan kesungguhan.


BELIA MAHIR di bawah pimpinan saya akan bekerjasama dengan 30-38 buah sekolah di sekitar Johor Bahru/Pasir Gudang bagi memberi kefahaman mengenai Latihan Kemahiran dan kerjaya baru masa hadapan kepada ibubapa yang anaknya mempunyai kecenderungan meminati aliran kemahiran berbanding akademik. Pelajar juga ada bersama. Saya tidak mahu mereka yang tidak minat akademik, selalu ponteng di katakan berisiko sebaliknya bakat mereka perlu di serlahkan di tempat yang betul.


Saya tidak mahu mereka yang tidak minat akademik, selalu ponteng di katakan berisiko sebaliknya bakat mereka perlu di serlahkan di tempat yang betul.


Kami mempelawa mana-mana Penyedia Latihan Kemahiran untuk turut serta dalam jelajah ini yang mengambil masa antara 15-19 hari (setiap hari 2 sekolah). Bilangan sasaran di antara 50-100 orang pelajar. Penyertaan Penyedia Latihan adalah terhad.


Hebahan ini adalah untuk mendapat maklumbalas Penyedia Latihan. Prosedur penyertaan akan di maklumkan selepas maklumbalas awal kesediaan untuk menyertainya kami terima daripada pihak Penyedia Latihan. Terima kasih.


RIZAN HASSAN | 013-7733676

93 views0 comments

Comments


PROJEK BELIA MAHIR

Jadi Sahabat Kami

Terima kasih. Anda bersama kami!

+60137733676 / +601162625353

No. 8-2, Jalan Puteri 2A/5, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • TikTok
  • Whatsapp

©2019 by PERTUBUHAN KEBANGSAAN PEKERJA BERKEMAHIRAN. Proudly created with Wix.com

bottom of page