top of page
Search

GILAP BAKAT BELIA BERKEMAHIRAN INDUSTRI MOTORSIKAL



Semalam sempat meluangkan masa bertemu dengan Pak Din, insan di belakang tabir yang banyak bekerja menyerlahkan bakat “technical-man” industri permotoran. Turut sama ialah Yuan Jemat Baharim, pemilik V-FIER OIL, minyak hitam kenderaan berteknologi German. Beliau juga pengasas kepada Wiramuda V-Fiertech Academy Racing sebuah kumpulan sukan permotoran yang aktif dan dikenali di kalangan belia awal.


Turut sama ialah dua insan yang gigih menyerlahkan bakat orang muda iaitu Abil Fikri Ahmad dan Khairul Anuar Abdullah.


Kami berkongsi tentang bakat orang muda dalam industri motorsikal. Saya turut kongsikan inisiatif pasukan saya dalam Young Motorsport Technopreneur Bootcamp.


Kenyataan bahawa örang muda berlumba di atas jalanraya disebabkan tiada tempat untuk mereka sudah terlalu lama berkumandang di pelbagai platform. Saya berpandangan ianya sudah basi dan lapuk. Untuk apa kita bercakap lagi perkara ini jika “mereka”tidak mahu dengar dan faham.


Saya katakan bahawa orang muda ada tenaga yang luar biasa. Kita perlu buat program berasaskan komuniti mereka yang membantu mereka mengemukakan pendapat mereka untuk memberi mereka rasa identiti dan kekitaan. Ini akan membantu mereka menjalin hubungan yang kuat dengan masyarakat dan memberi mereka rasa penting. Dengarkan pandangan mereka dan jangan menilai; sebaliknya, bimbing mereka untuk menyempurnakan idea mereka, berbincang dengan mereka dengan penuh hormat, dan meyakinkan mereka bahawa suara mereka penting dan apa yang mereka lakukan membuat perbezaan. Mereka mempunyai kekuatan untuk membuat perubahan yang ingin mereka lihat dalam komuniti mereka. Ya, mulakan dengan komuniti mereka. Rujuk Dasar Belia Malaysia (DBM), ada 8 kumpulan sasar belia, 8 kumpulan itu adalah 8 komuniti mereka yang saya maksudkan.


RIZAN HASSAN | 16.09.2020

9 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page