top of page
Search

Kemahiran digital sangat diperlukan dalam industri pekerjaan

Writer's picture: Belia Mahir (Rizan Hassan)Belia Mahir (Rizan Hassan)

Landskap pekerjaan dijangka mengalami peralihan besar-besaran sejajar dengan transformasi negara ke arah ekonomi digital dan inisiatif Revolusi Industri 4.0.

Oleh sebab itu, golongan belia khususnya Lepasan SPM 2019 dan Guru Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya amnya perlu faham dan sedar bahawa bakat berkemahiran digital mendapat permintaan tinggi dalam kalangan majikan seiring dengan usaha mereka ke arah transformasi digital.

Lima (5) bidang utama yang berkaitan dengan kemahiran digital yang dikehendaki oleh majikan ialah pemasaran digital, perisian dan pembangunan aplikasi, animasi dan multimedia, e-dagang, ‘big data’ dan analisis serta kemahiran pangkalan data.


Untuk itu, BELIA MAHIR yang bekerjasama dengan MEATECH College mempelawa Lepasan SPM 2019 untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam bidang kreatif dan digital bagi sesi pengambilan Jun/Julai 2020.

Permohonan online kini dibuka. Sila klik link/pautan di bawah untuk permohonan:


Sebarang pertanyaan boleh hubungi SEKRETARIAT BELIA MAHIR (011-6262 5353)



626 views0 comments

Comments


PROJEK BELIA MAHIR

Jadi Sahabat Kami

Terima kasih. Anda bersama kami!

+60137733676 / +601162625353

No. 8-2, Jalan Puteri 2A/5, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • TikTok
  • Whatsapp

©2019 by PERTUBUHAN KEBANGSAAN PEKERJA BERKEMAHIRAN. Proudly created with Wix.com

bottom of page