top of page
Search

56 INSTITUSI TVET MALAYSIA BERGABUNG SEDIAKAN 500 BAKAT KEMAHIRAN GENERASI MUDA UNTUK PENINGKATAN KEMAHIRAN DI CHINA BAGI KEPERLUAN MENDESAK TENAGA KERJA BERKEMAHIRAN TEMPATAN



  1. Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (lebih dikenali sebagai Projek Belia Mahir) telah mengadakan pertemuan dengan 56 Institusi TVET Malaysia hari ini Bangunan Ibupejabat Risda, Jalan Ampang, Selangor bagi mencapai persefahaman dan permuafakatan untuk menyokong hasrat Kerajaan menubuhkan Malaysia-China Institute (MCI).

  2. Pertemuan ini adalah susulan dari pengumuman YAB Dato’ Seri. Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara bahawa kesediaan industri dari China dan Kerajaan China memberikan tambahan 1000 kuota biasiswa peningkatan latihan kemahiran ke China semasa Majlis Pelancaran Program TVET Place & Train UTeM@KPT di Dewan Canselor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 16 Januari 2024.

  3. Tawaran biasiswa ini adalah di bawah Belt & Road Initiative (BRI) yang di ilhamkan oleh Kerajaan China untuk negara yang menerima pelaburan di bawah BRI.

  4. Pertemuan hari ini telah di ketuai oleh YB Tuan Haji Manndzri Hj Nasib, Pengerusi RISDA merangkap Ahli Parlimen Tenggara yang di amanahkan mengetuai pasukan Koordinator Malaysia-China Institute (MCI).

  5. Kesepakatan utama yang di capai hari bakal menyaksikan seramai 500 orang bakat kemahiran generasi muda berkelulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan 3 dari 56 Institusi TVET yang di tauliahkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bersedia untuk di hantar ke China seawal bulan Mac tahun ini dalam 8 bidang kemahiran utama. (senarai Institusi TVET Malaysia yang hadir dilampirkan)

  6. Bidang kemahiran yang di maksudkan ialah Electric Vehicle (EV), Solar Technology, Digital & ICT, E-Commerce, Electric & Electronic, Railway Technology, Manufacturing Related Services (MRS) dan Machinery & Equipment.

  7. Ketika ini sebanyak 17 Institusi TVET di China telah menyatakan sokongan kepada penubuhan Malaysia-China Institute (MCI) seterusnya bersedia menerima penghantaran bakat kemahiran generasi muda Malaysia untuk peningkatan kemahiran menerusi kemudahan berteknologi tinggi bagi tempoh jangkamasa pendek antara 1 hingga 3 bulan.

  8. YB Tuan Haji Manndzri turut menyeru Institusi TVET Malaysia yang hadir untuk sama-sama menyokong Dasar TVET Negara yang akan di bentangkan pada Jun 2024 yang bakal menjadi game-changer kepada lanskap pembangunan latihan TVET di Malaysia.

  9. Pujian wajar diberikan kepada Kerajaan yang dilihat bersungguh-sungguh memartabatkan TVET, maka semua pihak samada institusi latihan awam dan swasta, industri, sekolah, masyarakat serta NGO perlu bergerak seiring menyokong usaha berkenaan demi kesejahteraan ekonomi bersama.

  10. Dengan adanya sokongan hari ini, BELIA MAHIR akan mewujudkan satu kesatuan yang menghimpunkan pelatih kemahiran, tenaga kerja mahir dan pengamal TVET di bawah satu bumbung yang secara kolektifnya akan dapat mencapai banyak matlamat yang sama, seperti memperoleh kadar upah dan gaji yang lebih baik, pengiktirafan tempatan dan antarabangsa serta membudayakan TVET sepanjang hayat.




198 views0 comments

Comentários


bottom of page