top of page
Search

BIMBING BELIA N.E.E.T BUKAN MUDAH

Writer's picture: Belia Mahir (Rizan Hassan)Belia Mahir (Rizan Hassan)

Di dalam menggerakkan Projek YOUNGSTER (Young Motorsport Technopreneur Bootcamp) kami memerlukan para pembimbing yang cekal, tabah dan komited. Memiliki kemahiran yang hebat belum menjanjikan mampu menjadi pembimbing yang cekal.


YOUNGSTER ialah projek intervensi sosial untuk BELIA NEET (Not in Employment, Education and Training) bagi penyerlahan bakat dan potensi.


Demi berjaya dengan cemerlang dan dapat mencipta masa hadapan para peserta YOUNGSTER sendiri, para pembimbing mesti meluncur ke arah matlamat itu. Sebaik sahaja peserta mula bergerak ke hadapan, berbekalkan idea jelas tentang perkara yang diinginkan, para pembimbing akan terus menerima maklum balas yang membolehkan segera membetulkan haluan sewajarnya.


Maklum balas itu adalah dalam bentuk kesukaran dan cabaran untuk pembimbing, yang membuatkan peserta dapat membetulkan hala tuju semasa dalam perjalanan. Akhirnya membawa peserta sampai ke sasaran yang diimpikan, dengan syarat peserta itu mesti terus bergerak.


Itulah falsafah pembimbing Projek YOUNGSTER yang diketuai Rasana Mahamad Ali aka Tun Rasana.


###################

YOUNGSTER ialah projek intervensi sosial untuk BELIA NEET (Not in Employment, Education and Training) untuk kesejahteraan sosial dan ekonomi mereka. Ianya kerjasama NGO/NGI, Penyedia Latihan dan Industri Motor iaitu PUAK PAYONG, Gemilang Motor Academy, Malaysian National Federation of Youth Worker, Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran, Santai Anak Utara (SAU), BELIA MAHIR dan Team Dyno Speed.

51 views0 comments

Comments


PROJEK BELIA MAHIR

Jadi Sahabat Kami

Terima kasih. Anda bersama kami!

+60137733676 / +601162625353

No. 8-2, Jalan Puteri 2A/5, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • TikTok
  • Whatsapp

©2019 by PERTUBUHAN KEBANGSAAN PEKERJA BERKEMAHIRAN. Proudly created with Wix.com

bottom of page