KENYATAAN MEDIA
GESAAN UNTUK KERAJAAN MEMBUKA OPERASI LATIHAN KEMAHIRAN UNTUK KEPERLUAN INDUSTRI NEGARA
1. Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menggesa Kerajaan Malaysia melalui Kementrian Sumber Manusia (KSM) agar segera memberikan kebenaran pembukaan operasi Pusat Latihan Kemahiran yang melaksanakan pendidikan dan latihan teknikal (TVET) kepada golongan belia di negara ini.
2. Pembukaan sektor TVET ini akan memberikan golongan belia berkemahiran meneruskan latihan amali atau praktikal mereka di mana dalam kaedah latihan TVET memerlukan 70-80 peratus kerja-kerja amalan bengkel. Manakala, bagi belia lepasan sekolah yang tidak berpeluang atau tidak minat ke aliran akademik boleh menyertai latihan TVET bagi meneruskan halatuju kerjaya masa hadapan.
3. Terdapat dua (2) sebab utama gesaan ini di buat:
Pertama, PEMBELAJARAN SECARA DALAM TALIAN TERBATAS KEPADA TEORIKAL SAHAJA. Walaupun kemajuan teknologi memberi peluang kepada pembelajaran jarak jauh dan dalam talian, ianya bukan pengganti jangka panjang untuk pengajaran bersemuka di bengkel dan latihan kemahiran praktikal. Elemen latihan TVET menekankan aspek kerja tangan atau “hands-on” di atara 70-8- peratus dan aktiviti latihan ini hanya boleh di jalankan di bengkel dengan alatan, kemudahan dan bahan gunahabis sebenar.
4. Kedua, INDUSTRI KEKURANGAN TENAGA KERJA BELIA BERKEMAHIRAN YANG TELAH DI LATIH DI INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM DAN SWASTA (LKA/S). Pandemik Covid-19 memberi ruang yang luas kepada masyarakat Malaysia khususnya belia dari segi peluang penempatan pekerjaan. Ini kerana industri tidak lagi di benarkan membawa masuk pekerja asing bahkan yang sedia ada juga semakin ramai di hantar pulang. Namun, sejak 2 tahun ini industri tidak mendapat bekalan tenaga kerja dari ILKA/S di atas beberapa sebab seperti di bawah:
- Pelatih sedia ada belum menamatkan latihan di sebabkan elemen praktikal belum di sahkan terampil.
- Pelatih tidak menamatkan latihan lebih awal dan memasuki alam pekerjaan dengan kelayakan akademik rendah
- Semakin banyak ILKS khususnya menutup operasi. Dijangka juga akan berlaku lebih banyak penutupan operasi dalam masa tedekat.
- Kekurangan kritikal pengambilan pelatih baru di ILKA/S
5. Gesaan ini di lihat berasas dan perlu di perhatian serius kerana ianya di tahap yang kritikal dalam mendepani isu bekalan tenaga kerja terlatih di Malaysia. Tanpa bekalan tenaga kerja yang mencukupi yang telah di latih dalam pelbagai tahap akan menyebabkan industri terus mendesak kerajaan untuk membawa masuk pekerja asing yang akhirnya akan lebih boleh menimbulkan kegusaran, kebimbangan dan keresahan masyarakat negara ini.
Sekian terima kasih
MOHAMMAD RIZAN HASSAN
Setiausaha Agung
Tel: 013-7733676
Email: mybeliamahir@gmail.com
Website: www.beliamahir.com
Tarikh: 25.06.2021
Комментарии