top of page
Search

Jurang Gaji Graduan TVET vs Graduan Akademik


Graduan berkemahiran atau di sebut (TVET) adalah calon pekerja yang sentiasa menepati keperluan majikan dalam mengisi kekosongan di syarikat masing-masing. Selain itu, 90 peratus graduan TVET berjaya memperoleh pekerjaan selepas menamatkan pengajian berbanding graduan akademik dengan peratusan kurang dari 80 peratus.

Masalah kurang diiktiraf atau tidak mendapat pekerjaan serta jurang penggajian berbanding graduan akademik tidak timbul. Mengikut data yang ada, tiada jurang penggajian terhadap graduan TEVT ataupun akademik. Dengan sistem penggajian yang diamalkan di negara ini, ia sekali gus mengiktiraf pekerja itu seadilnya walau ia datang dari aliran kemahiran.

Gaji memang mengikut pasaran kerja walau dari bidang akademik mahupun TVET dan kebanyakan gaji yang berkelulusan diploma bermula dari RM1,800 hingga RM2,000 tetapi ia adalah gaji permulaan. Kalau pekerja itu mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia, gaji dibayar mengikut tahap pembelajaran mereka iaitu tahap 3 (RM1,400), tahap 2 (RM1,300) dan tahap 1 (RM1,200).

Gaji permulaan yang diberikan segelintir syarikat nampak rendah tetapi harus diingat ia gaji permulaan dan bayaran itu dinaikkan dari semasa ke semasa mulai dari tempoh percubaan selama enam bulan atau mengikut kepada tempoh mereka berkhidmat.

Bagi penggajian di luar negara pula, Saya akui gaji permulaan mereka sememangnya tinggi tetapi ia adalah gaji yang mendatar iaitu tanpa kenaikan kecuali mereka dinaikkan pangkat.

Menerusi sistem penggajian yang diguna pakai di negara luar iaitu kadar gaji untuk sesuatu kerja, jika gaji pertama mereka RM4,000, gaji itu kekal walau ia berkhidmat dalam tempoh lama. Tetapi di negara kita, ia bermula sedikit tetapi proses kenaikan gaji itu adalah tinggi sehingga boleh mencecah RM500 selepas tempoh percubaan yang biasanya tiga hingga enam bulan tamat.

Gaji mereka juga semakin meningkat jika berkhidmat dalam tempoh yang lama. Justeru, pada saya tiada jurang pendapatan yang berlaku dalam kalangan graduan akademik atau TVET di negara ini

225 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page