top of page
Search

KENYATAAN MEDIA: HARAPAN GOLONGAN PEKERJA BERKEMAHIRAN UNTUK BAJET 2021


Assalamualaikum dan Salam Hormat


1. Menjelang Pembentangan Bajet 2021, Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) ingin menzahirkan harapan untuk melihat pendekatan pendidikan latihan teknikal dan vokasional di perkasa dan diperkukuhkan kerana “sindrom pengangguran” sudah mula melanda kumpulan graduan kemahiran dari institusi latihan kemahiran awam dan swasta di negara kita.

2. Selain dari soal gaji manima yang sering di bangkitkan setiap tahun, PKPB ingin mengajak semua pihak untuk melihat bagaimana ruang dan peluang lebih besar dan meluas di berikan kepada pekerja berkemahiran yang berpengalaman untuk di libatkan dalam latihan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET) negara.

3. Industri kini berhadapan dengan kualiti graduan TVET yang di lahirkan dari institusi kemahiran yang tidak menepati kehendak atau keperluan industri. Banyak faktor penyebab antaranya ialah teknologi yang berkembang pesat, kemudahan dan peralatan di institusi yang lama dan tenaga pengajar yang perlu di pertingkatkan kemahirannya.

4. Justeru, tiba masanya pekerja berkemahiran berpengalaman di industri di beri peluang memberi khidmat sebagai tenaga pengajar jemputan di institusi kemahiran. Bagaimana pun mereka tidak perlu di bebani dengan syarat-syarat administrasi yang menyebabkan mereka rasa terhalang untuk menyumbang kepada negara. Insentif tunai juga boleh diberikan kepada mereka manakala insentif tertentu untuk majikan yang sedia melepaskan pakar mereka untuk tempoph tertentu.

5. Seperkara lagi, lebih banyak peruntukan khas berbentuk geran diberikan bagi mengiktiraf pengalaman pekerja berkemahiran yang memasuki alam pekerjaan tanpa apa-apa kelayakan kemahiran. Pengiktirafan seperti Persijilan Kemahiran Malaysia amat penting bagi peningkatan kerjaya kumpulan ini yang sememangnya merupakan tangan emas negara.

6. Pendekatan latihan jangkasamasa panjang antara 6-36 bulan semakin tidak mendapat tempat di hati golongan belia lepasan sekolah menengah khususnya yang tercicir akademik atau tidak berpeluang ke mana-mana institusi latihan.

7. Maka, pendekatan latihan jangkamasa pendek dengan penyertaan industri sebagai rakan kongsi perlu di wujudkan. Bukan itu sahaja, pendanaan berbentuk geran atau pinjaman untuk program pendek ini penting bagi menarik minat belia menyertainya. Inisiatif ini jika di wujudkan akan memberikan nilai tambah kepada usaha kerajaan merancakkan kesejahteraan ekonomi masyarakat.

8. Konsep latihan Teaching Factory (TEFA) perlu di jadikan kaedah terkini latihan TVET di Malaysia. TEFA bertujuan untuk komunikasi pengetahuan dan kemahiran dua hala antara institusi latihan dan industri. Paradigma TEFA menyediakan persekitaran kehidupan sebenar bagi pelatih dan pakar industri untuk mengembangkan kemahiran mereka dan memahami cabaran yang terlibat dalam amalan industri seharian.

9. PKPB memberi “amaran awal” kepada semua pihak bahawa perubahan perlu di buat dalam sistem latihan. Tanpa penglibatan sepenuhnya industri, institusi hanya akan mengajar sejarah teknologi dan bukannya teknologi terkini kepada pelatih.

Terima kasih

MOHAMMAD RIZAN BIN HASSAN

SETIAUSAHA AGUNG

04.11.2020

TEL: 013-7733676

18 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page