top of page
Search
Writer's pictureBelia Mahir (Rizan Hassan)

"LEAD & GUIDE" BELIA BERISIKO



22.09.2020 | Cerita Orang Gagal di SMK Tengku Bendahara, Gua Musang, Kelantan


Alhamdulillah. Menyantuni golongan belia di sekolah luar bandar memerlukan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana persekitaran mereka sudah membuatkan sesuatu yang berisiko menjadi "budaya" dan telah mengaburi mata hingga sukar membuat pertimbangan yang rasional.


Saya dan Anas Affendy (bekas banduan 17 kali di penjarakan) telah diberi kesempatan oleh Keluarga Smk Tengku Bendahara Gua Musang untuk berkongsi pengalaman dengan murid-murid {bertuah dan hebat" di sana. Terima kasih Cikgu Salwaty Mohd Hanaffi yang tidak jemu membina harapan untuk anak-anak di sekolah tersebut.


Pengamatan saya:


01. Keadaan keluarga yang mencabar dan rumit boleh mempengaruhi tingkah laku, penglibatan dan kehadiran pelajar di sekolah. Hari ini, setelah sekolah mengenal pasti pelajar sebagai berisiko, sekolah akan bertindak sebagai titik sentuh utama untuk memulakan perbincangan di seluruh agensi masyarakat, untuk memberikan sokongan menyeluruh kepada pelajar dan keluarganya. Disini peranan terbesar ialah masyarakat atau komuniti itu sendiri, bukannya bebanan kepada pemimpin masyarakat semata-mata.


02. Perlu memudahkan perkongsian data antara agensi pemerintah yang relevan, untuk memiliki pemahaman yang lebih baik mengenai keadaan keluarga yang mencabar yang mungkin dihadapi oleh anak-anak / belia


03. Menyatukan rakan kongsi yang relevan untuk menyelaraskan sokongan yang diperlukan, untuk menolong kanak-kanak / belia ini dengan keluarga yang kompleks atau tingkah laku berisiko, seperti ketidakhadiran kronik, lumba haram dan seks bebas.


04. Disini saya fikir pentingnya bimbingan Youth-Adult Partnership dan juga Positive Youth Development di laksanakan. Gabungan pemimpin masyarakat dan belia serta agensi-agensi kerajaan boleh ilhamkan sebuah pusat "lead & guide" belia. Mungkin akan tiba suatu masa nanti Bilik Guru Bimbingan dan Kaunseling bertukar nama menjadi Pusat Inovasi Sosial Belia!


by Rizan Hassan

24 views0 comments

Comments


bottom of page