top of page
Search

MEET YOUR CAREER CHOICE #05



MEET YOUR CAREER CHOICE #05

Skim Perantisan Nasional

29.12.2020 | GMA Seremban, Negeri Sembilan

.

.

Pekerja yang cemerlang bukan sahaja mahir dan pakar dalam pekerjaannya tetapi juga memiliki akhlak serta kelakuan yang terpuji. Mencapai keputusan atau prestasi cemerlang dalam akademik serta pekerjaan tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada setiap individu atau pekerja cemerlang.

.

Sebagai contoh, Amanah dan Bijak.

.

Pekerja yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T..

.

Juga, pekerja yang cemerlang akan bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah.



____________________

Jika anda golongan belia yang masih belum bekerja atau telah diberhentikan, anda di pelawai sertai Skim Perantisan Nasional (SPN), sebuah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan bagi tujuan membantu penempatan pekerjaan dan latihan kepada belia. Permohonan dan pertanyaan:


Sekretariat Skim Perantisan Nasional (SPN) Kementerian Belia dan Sukan Aras 11, Menara KBS No 27 Persiaran Perdana, Presint 4 62570 Putrajaya Tel : 03-8871 3265

3 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page