Search

MEET YOUR CAREER CHOICE #07



MEET YOUR CAREER CHOICE #07

Skim Perantisan Nasional

03.01.2021 | PKPB Seremban

.

.

Untuk menjadi pekerja yang sentiasa di anggap cemerlang oleh majikan ialah anda perlu mempunyai hasrat pada hati kecil untuk menjadi pekerja yang sangat berguna, produktif dan berjaya. Hasrat untuk mencapai cita-cita atau impian itulah yang sentiasa memberikan anda suntikan motivasi untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kehidupan.

.

Pekerja yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok melakukan setiap kerja atau tugasannya. Walau betapa sukar pun tugasan yang diberikan kepadanya, ia tetap akan gigih dan tekun melaksanakan atau menyiapkannya. Ianya juga bijak dan mudah berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan setiap orang yang ditemui atau bekerja dengannya.



____________________

Jika anda golongan belia yang masih belum bekerja atau telah diberhentikan, anda di pelawai sertai Skim Perantisan Nasional (SPN), sebuah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan bagi tujuan membantu penempatan pekerjaan dan latihan kepada belia. Permohonan dan pertanyaan:


Sekretariat Skim Perantisan Nasional (SPN) Kementerian Belia dan Sukan Aras 11, Menara KBS No 27 Persiaran Perdana, Presint 4 62570 Putrajaya Tel : 03-8871 3265

Laman Sesawang: http://perantisan.kbs.gov.my Emel : spn@kbs.gov.my | suraya@kbs.gov.my


6 views0 comments