top of page
Search

Pelajar bukan Pailang


Saya menyokong usaha POLIS untuk menahan dan ambil tindakan di bawah SOSMA kepada mereka yang terlibat dan mengaku gangster termasuk di sekolah. Ini akan dapat memperbetulkan minda masyarakat, supaya elemen-elemen gengsterisme dapat dibendung di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.


Disini di kongsikan fakta tentang SOSMA untuk sama-sama kita fahami.


Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, lebih dikenali sebagai SOSMA, memperuntukkan langkah-langkah khas berhubungan dengan kesalahan keselamatan.


Tujuannnya untuk mengekalkan ketenteraman awam, keselamatan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.


Definisi

SOSMA digubal untuk membendung aktiviti seseorang atau kumpulan yang mahu mengguling atau melemahkan negara, apatah lagi dunia hari ini berhadapan dengan ancaman-ancaman baru yang merentas sempadan.


Apa yang dianggap ancaman di bawah SOSMA?


1. menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;

2. membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;

3. memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;

4. mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang;


Dan Parlimen berpendapat bahawa adalah perlu tindakan itu dihentikan.


10 fakta penting yang perlu anda tahu tentang SOSMA:


1. Seorang pegawai polis boleh, tanpa waran, menangkap dan menahan mana-mana pihak yang berkenaan dengannya jika dipercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan.


2. Seseorang yang ditangkap hendaklah dimaklumkan dengan seberapa segera yang boleh, mengapa dia ditangkap.


3. Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya.


4. Pihak yang ditangkap boleh ditahan selama 24 empat jam bagi tujuan penyiasatan.


5. Polis boleh melanjutkan tempoh tahanan untuk tempoh yang tidak lebih daripada 28 hari.


6. Peranti pengawasan elektronik boleh dipasangkan pada tertuduh yang dilepaskan.


7. Jaminan tidak boleh diberikan kepada seseorang yang dipertuduh atas kesalahan keselamatan.


8. Semua kesalahan keselamatan hendaklah dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi.


9. Semasa perbicaraan, Mahkamah tidak boleh memerintahkan Pendakwa Raya mengemukakan apa-apa maklumat yang dianggap sensitif dan memudaratkan keselamatan atau kepentingan negara.


10. Seseorang tertuduh yang dipenjarakan di bawah seksyen ini, hendaklah ditahan sehingga semua rayuan dibereskan.


Mungkin sukar untuk kita fahami segala terma-terma perundangan yang dinyatakan. Tapi rasanya yang senang faham ialah “JANGAN TERLIBAT DENGAN JENAYAH”.

64 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page