
PENGENALAN
PROJEK BELIA MAHIR menerusi satu unit baru yang di bentuk iaitu Islamic Skills and Career Enhancement Program (ISCEP) mempelawa Intitusi Tahfiz / Madrasah / Sekolah Pondok untuk bekerjasama dengan kami dengan memberikan latihan kemahiran TVET kepada pelajar atau bekas pelajar dalam bidang INDUSTRI FOOD & SERVICES (F&B) atau Operasi Servis Makanan dan Minuman dengan kerjasama industri/majikan terkemuka antarabangsa dan tempatan.
Inisaitif ini digerakkan bersama dengan INTERNATIONAL LABOUR ORGANIZATION (ILO) dan mendapat sokongan dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).
NAMA PROGRAM
Program ini dikenali dengan nama ILO YOUNG FUTUREMAKERS MALAYSIA (FOOD & BEVERAGES - F&B) UNTUK BELIA TAHFIZ / MADRASAH / SEKOLAH PONDOK
BIDANG LATIHAN
Food & Beverages Service (F&B)
TEMPOH LATIHAN
Tempoh latihan selama 2 bulan (beserta dengan elaun dan kemudahan lain).
JAMINAN PEKERJAAN
Tamat latihan akan di tawarkan bekerja dengan gaji tetap dan faedah-faedah lain. Namun, ianya terpulang kepada peserta dan tidak di wajibkan untuk menerima tawaran kerja.
TEMPAT LATIHAN
Tempat latihan bukan di Institut atau Kolej, sebaliknya terus di tempat kerja. Buat masa ini industri/majikan yang bekerjasama memberikan latihan adalah di sekitar Kuala Lumpur / Selangor / Putrajaya / Cyberjaya. Majikan yang tawarkan tempat latihan dan bekerja adalah seperti di bawah:
Tony Roma’s
NY Steak Shack
Manhattan Fish Market
Abang Adek - Nasi Kukus Pedas & Mi Goreng
Nordin Kuala Lumpur
Sunway Lagoon
Hotel Mercure
Hotel Vivatel
Hotel The St. Regis Kuala Lumpur
Hotel Equatorial Kuala Lumpur
Hotel Le Meridien Kuala Lumpur
KEMUDAHAN PENGINAPAN ASRAMA & PENGANGKUTAN
Ianya tertakluk kepada budi bicara industri/majikan yang memililh peserta.
TEMUDUGA
Sesi temuduga akan di adakan sebaik sahaja menerima permohonan dari anda. Temuduga di adakan secara fizikal, namun temuduga online hanya akan di adakan jika perlu dengan persetujuan industri/majikan.
INSURANS
Peserta dilindungi insurans program yang di uruskan oleh BELIA MAHIR
KEMUDAHAN MAKAN/MINUM SEPANJANG LATIHAN
Industri/majikan boleh menyediakan kemudahan makan/minum percuma atau bersubsidi kepada peserta. Ianya tertakluk kepada budi-bicara industri/majikan
TEMPOH JAM LATIHAN
Tempoh waktu latihan adalah selama 8 jam
Waktu rehat adalah 1 jam Industri/majikan boleh menawarkan kerja lebih masa kepada peserta (dengan bayaran upah yang ditentukan industri/majikan) Waktu latihan boleh di jalankan mengikut shif (pagi/petang).
Latihan di jalankan pada shif malam (jika industri operasi 24jam) adalah tidak dibenarkan.
ELAUN LATIHAN
Elaun wajib adalah sebanyak RM1,200 sebulan
Elaun kerja lebih masa tertakluk kepada industri/majikan
Elaun kerja hari cuti tertakluk kepada industri/majikan
Tiada potongan KWSP (EPF) dan PERKESO (SOCSO) sepanjang latihan.
KELEBIHAN PROGRAM INI
Yuran Pendaftaran adalah PERCUMA
Yuran Latihan adalah PERCUMA
Tenaga pengajar adalah Pakar Industri F&B dari industri/majikan
Elaun Latihan sebanyak RM 1,200.00 sebulan
Tamat Latihan (selepas 2 bulan) akan ditawarkan kerja dengangaji tetap dan faedah lain
Tidak perlu buat pinjaman latihan (seperti di Institut/Kolej)
Tidak ada isu bayaran balik pinjaman
Sepanjang latihan boleh bekerja lebih masa dengan upah tambahan
Sepanjang latihan boleh bekerja semasa hari cuti dengan upah tambahan
CARA MEMOHON
Sila klik link di bawah:
PERTANYAAN:
SEKRETARIAT ISLAMIC SKILLS AND CAREER ENHANCEMENT PROGRAM (ISCEP)
Ustaz Raziz - 01156792669
Ustaz Rafi - 0142740829
Rizan Hassan - 0137733676
Comments