PELUANG SERTAI LATIHAN "INTERN"
- Belia Mahir (Rizan Hassan)
- 8 minutes ago
- 1 min read

PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI (INTERNSHIP) DI BELIA MAHIR - DOKUMEN & MAKLUMAT DIPERLUKAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Terima kasih atas minat saudara/saudari untuk menjalani Latihan Industri (Internship) bersama Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (BELIA MAHIR).
Sebagai makluman, saudara/saudari di minta muat turun (download) Dokumen Maklumat Ringkas Organisasi & Senarai Tugasan Pelajar Intern untuk rujukan saudara/saudari mengenai BELIA MAHIR, skop tugasan mengikut bahagian serta hasil pembelajaran yang akan diperoleh sepanjang tempoh latihan.
Bagi membolehkan pihak kami membuat semakan dan pertimbangan permohonan, mohon saudara/saudari mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
Dokumen Sokongan
Resume / Curriculum Vitae (CV) terkini.
Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
Gambar berukuran pasport atau gambar formal terkini.
Transkrip peperiksaan / keputusan akademik terkini.
Surat pengesahan atau surat penempatan latihan industri daripada IPTA/IPTS/ILKA/ILKS.
Salinan sijil akademik berkaitan (jika berkenaan).
Salinan sijil kokurikulum, kemahiran atau pencapaian berkaitan (jika ada).
Surat Permohonan (Covering Letter)
Sila sertakan Surat Permohonan yang mengandungi maklumat berikut:
Nama penuh
Alamat kediaman
No. Kad Pengenalan
No. Telefon
Alamat e-mel
Nama Institusi Pengajian
Program/Kursus yang diikuti
Tempoh Latihan Industri (Tarikh Mula – Tarikh Tamat)
Setelah semua dokumen diterima, pihak BELIA MAHIR akan membuat semakan dan proses penilaian. Sekiranya permohonan saudara/saudari memenuhi keperluan organisasi, kami akan menghubungi saudara/saudari bagi tindakan selanjutnya.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Sekretariat BELIA MAHIR melalui e-mel admin@beliamahir.org atau WhatsApp di 01076 01076.
Terima kasih atas minat dan kepercayaan saudara/saudari terhadap BELIA MAHIR. Kami berharap berpeluang bekerjasama dalam membangunkan bakat dan pengalaman profesional saudara/saudari.
Sekian, terima kasih.
Sekretariat
Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (BELIA MAHIR)
BANTU BELIA. BANTU NEGARA.
.png)

.png)