top of page
Search

SARANAN MEMBERI BALIK KEPADA MASYARAKAT SELEPAS MENERIMA BANTUAN KERAJAAN


TEKS UCAPAN

 

TUAN MOHD SHOUBLI JAMAL

PEMANGKU PRESIDEN

PERTUBUHAN KEBANGSAAN PEKERJA BERKEMAHIRAN (BELIA MAHIR)

  

SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN BELIA MAHIR KALI KE-7

 

22 OGOS 2024 (KHAMIS) | BERTEMPAT DI INTERNATIONAL YOUTH CENTRE, CHERAS, KUALA LUMPUR

 


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

 

YANG BERHORMAT DATUK SERI AHMAD MASLAN

Timbalan Menteri Kerja Raya

  

YANG BERHORMAT MOHD SYAHBUDDIN HASHIM

ADUN Galas dan Ahli Lembaga Penasihat BELIA MAHIR

  

YANG BERBAHAGIA TS. ABDUL HALIM BIN ABD RAHMAN

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi & Pengurusan)

Jabatan Pembangunan Kemahiran

  

YANG BERBAHAGIA ENCIK ISHAQ AMARULLAH ITHNIN

Ketua Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Modal Insan

Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP)

  

BARISAN AHLI LEMBAGA PENASIHAT BELIA MAHIR

KETUA-KETUA JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN

BARISAN KEPIMPINAN MAJLIS BELIA MALAYSIA

WAKIL-WAKIL INDUSTRI DAN MAJIKAN

KETUA-KETUA EKSEKUTIF PENYEDIA LATIHAN

PARA TENAGA PENGAJAR

RAKAN-RAKAN MEDIA

IBUBAPA DAN PENJAGA YANG DI MULIAKAN

PARA GRADUAN KEMAHIRAN YANG DI RAIKAN

DAN PARA HADIRIN SEKALIAN



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  dan Selamat Sejahtera

 

1.             Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya dapat kita semua hadir dan berkumpul di sini, di MAJLIS KONVOKESYEN BELIA MAHIR KALI KE-7 TAHUN 2024.

 

2.    Pertamanya saya mewakili seluruh keluarga besar Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (atau BELIA MAHIR) mengucapkan terima kasih di atas kesudian Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya hadir ke majlis ini bagi memberi pengiktirafan kepada 200 orang belia berkemahiran.

 

Yang Berhormat Timbalan Menteri dan hadirin sekalian

 

3.             BELIA MAHIR merupakan suatu usaha yang di gerakkan oleh organisasi kecil kami sejak Tahun 2002 hingga kini. Inisiatif ini digerakkan kerana sedar bahawa nasib dan masa depan golongan BELIA NEET (NOT IN EMPLOYMENT, EDUCATION AND TRAINING) yang juga di anggap tercicir akademik dan yang berisiko perlu dibela melalui Latihan TVET.

 

4.             Bagi menggerakkan BELIA MAHIR ini, kami telah berkolaborasi dengan 56 buah Institusi Latihan Kemahiran (ILK) bagi memperluaskan akses pengambilan pelajar dengan memberikan peluang kedua kepada kumpulan sasar terbabit.

 


Yang Berhormat Timbalan Menteri dan para hadirin

 

5.             BELIA MAHIR tidak akan terus relevan dan signifikan jika tiada sokongan dan dokongan dari 3 pihak utama iaitu Kerajaan Malaysia, Industri dan Rakan NGO.

 

6.             Inisiatif Kerajaan untuk Belia Berkemahiran TVET dengan memberikan bantuan pinjaman latihan kemahiran melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) amat besar ertinya kepada para BELIA NEET khususnya yang ingin bangkit dari masa lalu dengan memilih TVET sebagai intervensi sosial dan kerjaya masa hadapan mereka. Walaupun mungkin PTPK tidak sepopular PTPTN atau pun MARA, tetapi PTPK cukup dekat di hati sanubari para belia berkamahiran dan ibubapa mereka. Manakan tidak, tak habis Tingkatan 3 pun boleh mendapat bantuan pinjaman asal ada kesungguhan untuk bangkit dari masa lalu.

 

7.             Bukan itu sahaja, tidak terfikir dek akal walaupun ramai yang tak menamatkan persekolahan menengah, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) tetap menyediakan laluan untuk belia mendapatkan latihan hingga ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Dan hari ini, lulusan Persijilan Kemahiran Malaysia sentiasa menjadi rebutan pihak industri untuk penempatan pekerjaan. Terima Kasih KERAJAAN MALAYSIA!

 


Yang Berhormat Menteri dan hadirin,

 

8.             Kami tidak melupakan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak industri atau majikan yang sentiasa mempercayai gerak kerja BELIA MAHIR bagi menyalurkan bakat TVET tempatan bagi penempatan pekerjaan.

 

9.             Ketika semua pihak gigih bercakap dan berusaha melahirkan  tenaga kerja berjawatan Pembantu Jurutera ke atas, BELIA MAHIR kekal konsisten dan komited membantu industri mendapatkan tenaga kerja bertaraf Juruteknik ke bawah atau dikenali sebagai DIRECT LABOUR yang terlatih dan berkemahiran.

 

10.                   Ini kerana kategori perjawatan inilah yang terbanyak di perlukan oleh industri yang kini di monopoli oleh pekerja asing. Sebagai contoh di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), sejak Tahun 2020 hingga kini, sudah hampir 2000 orang kami bantu salurkan tenaga kerja yang berjaya mengurangkan kebergantungan PTP kepada pekerja asing. TERIMA KASIH KEPADA ENCIK ISHAQ AMARULLAH, KETUA JABATAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN MODAL INSAN, PELABUHAN TANJUNG PELEPAS (PTP) YANG HADIR SAMA HARI INI MERAIKAN PARA GRADUAN.

 


11.         Akhir ucapan aluan saya adalah nasihat ringkas kepada para graduan iaitu “SIKAP TERPUJI HANYA AKAN ADA APABILA ANDA SEMUA BERFIKIRAN UNTUK “MEMBERI BALIK” KEPADA MASYARAKAT, KHUSUSNYA ORANG-ORANG YANG PERLU DIBERI PELUANG KEDUA.”

 

12.         Kejayaan sebenar bukanlah memakai topi empat segi dan jubah konvokesyen hari ini tetapi kejayaan sebenar ialah memberi balik apa yang kita dapat kepada orang lain. Ini kerana di setiap rezeki yang kita perolehi, ada juga milik orang lain.

 

13.         Semoga hari ini menjadi detik kenangan yang tidak akan kita semua lupakan. Berbaktilah kepada masyarakat dan teruskan melangkah untuk mencipta kejayaan yang lain. Kepada ALLAH kita berserah.

 

Sekian, tahniah untuk semua.

 

BANTU BELIA. BANTU NEGARA.

 

Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum W.B.T.

 

 


115 views0 comments

Recent Posts

See All

Комментарии


bottom of page