Search

SKIM PERANTISAN NASIONAL: BIMBINGAN KERJAYA DIPERLUKAN BELIA


Pelbagai program dan usaha di lakukan bagi menangani isu pengangguran di kalangan belia. Usaha berterusan bagi peluang dan penempatan pekerjaan ini adalah kerana belia di lihat sebagai aset terpenting dan terbesar negara.


SKIM PERANTISAN NASIONAL (SPN) di inisiatifkan oleh Kementerian Belia dan Sukan adalah bertujuan untuk membantu golongan belia yang terkesan dengan Pandemik Covid-19. SPN di llihat akan mampu melonjakkan kebolehpasaran belia dan menyediakan peluang latihan serta pekerjaan.


Bagi merancakkan gerakan inisiatif ini, BELIA MAHIR turut membantu turun padang bagi melaksanakan program “Meet Your Career Coach” yang bertujuan membantu individu belia yang ingin mencari kerjaya yang memuaskan yang menggunakan kekuatan dan melengkapi nilai dan minat mereka. Lokasi siri pertama ini di adakan di Kolej Teknikal Sri Ayu (KTSA), Kampar, Perak. Seramai 50 orang belia berkemahiran hadir dan mereka akan memulakan pekerjaan dalam sektor automotif dan aircond pada Januari/Februari 2021 nanti.


Pendekatan “Lead & Guide” oleh ‘Çareer Coach’ atau Jurulatih Kerjaya di harapkan mampu memberikan manfaat kepada belia menetapkan tujuan profesional, membuat rancangan, dan mengatasi rintangan yang mungkin menghalangi mereka ke alam pekerjaan.


Jurulatih Kerjaya mungkin menawarkan pelbagai perkhidmatan, antara lainnya ialah pengembangan peribadi bimbingan kerjaya yang membantu golongan belia menjawab soalan besar dalam hidup seperti, "Apa yang anda gemari?", "Apa yang sebenarnya anda mahu lakukan?", Dan "Apa kerjaya dan legasi yang ingin anda tinggalkan?


Matlamat Jurulatih Kerjaya adalah untuk bimbingan profesional dengan membantu golongan belia membuat keputusan yang tepat mengenai lintasan mereka. Ini adalah pendekatan berasaskan penyelesaian untuk keputusan kerjaya. Jurulatih kerjaya memberi tumpuan kepada hasil, tindakan dan akauntabiliti.


Bukan rahsia lagi bahawa tanpa Pandemik Covid-19 senario pasaran pekerjaan memang cukup sukar di luar sana — baik untuk orang yang benar-benar tanpa pekerjaan dan mereka yang mempunyai pekerjaan tetapi pastinya bukan kerjaya impian yang mereka mahukan!



RIZAN HASSAN

Ketua Projek BELIA MAHIR

18.12.2020


#############

Golongan belia yang sedang mencari pekerjaan atau diberhentikan kerja di galakkan menyertai SKIM PERANTISAN NASIONAL.


Permohonan kini di buka:

http://perantisan.kbs.gov.my

http://perantisan.kbs.gov.my

http://perantisan.kbs.gov.my