SKIM PERANTISAN NASIONAL (SPN)
Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan untuk membantu peluang pekerjaan untuk golongan belia. Permohonan kini di buka:
.
.
.
===============
Bimbingan Kerjaya
.
PUNCA PEKERJAAN TIDAK TERJAMIN
.
Ramai individu hidup sukar akibat tiada jaminan pekerjaan, dan tiada perubahan pada jumlah pendapatan, ataupun jumlah pendapatan mereka dikurangkan. Situasi ini adalah disebabkan 'nilai' sumbangan mereka kepada majikan tidak menunjukkan sebarang peningkatan.
.
Pada hari ini, nilai tahap pengetahuan dan kemahiran yang ditonjolkan dalam sesuatu produk ataupun perkhidmatan, adalah komponen utama yang paling berharga. Sekiranya pengetahuan dan kemahiran seseorang individu tidak terus meningkat, nilai sumbangannya semakin susut mengikut peredaran masa, seumpama air yang bertakung di dalam bekas bocor. Lambat-laun, individu ini mungkin kehilangan pekerjaan, seterusnya tidak mempunyai pendapatan pada suatu tempoh yang lama. Hal ini akan menyebabkan masalah kewangan yang berpanjangan.
.
Kita beroleh jaminan pekerjaan dan pendapatan yang lebih tinggi sekiranya menumpukan tenaga bagi menambah baik dan meningkatkan hasil perolehan untuk orang lain, serta meningkatkan sumbangan kepada kehidupan dan pekerjaan orang lain.
.
Untuk ingatan generasi muda, taraf kehidupan kita secara zahir adalah pantulan persiapan diri kita dari dalam untuk berbakti!
Comments