Search

SKIM PERANTISAN NASIONAL: TIDAK RUGI BEKERJA KUAT


SKIM PERANTISAN NASIONAL (SPN)


Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan untuk membantu peluang pekerjaan untuk golongan belia. Permohonan kini di buka:

.

http://perantisan.kbs.gov.my

http://perantisan.kbs.gov.my

http://perantisan.kbs.gov.my


#######-------


Bimbingan Kerjaya

TIDAK RUGI BEKERJA KUAT


Tidak akan rugi sesiapa yang bekerja kuat. Oleh itu sanjungilah kerajinan sebab kita tidak akan rugi kerananya. Hari ini malangnya kita dapati ramai daripada rakyat Malaysia yang tidak sanggup bekerja dalam berbagai jenis pekerjaan dan membiarkan orang asing memenuhi bidang-bidang tertentu. Ketidak sanggupan ini akan menjadi kita hamba akhirnya.


Jika masyarakat terdahulu tidak sanggup bekerja dalam ladang getah dan lombong timah, sanggup mempelajari cara-cara berniaga dan berusaha, hari ini Malaysia tidak akan mengecapi kemakmuran.


Kita perlu pastikan tidak akan jadi masyarakat yang lemah dan ketinggalan. Jika kita tidak mahu sekali lagi tertinggal di belakang negara maju, kita mesti sanggup bekerja dalam semua bidang, dan bekerja dengan kuat dan rajin. Daya pengeluaran kita mestilah setanding atau lebih tinggi dari kaum-kaum lain.


Ingatlah, dalam sejarah, bangsa-bangsa yang menggunakan askar upahan untuk pertahanan akhirnya kehilangan negara. Begitu juga bangsa yang tidak sanggup bekerja dan bekerja kuat akan kehilangan kedudukan. Tidak ada gunanya kita menyalahkan orang lain kerana pilihan ada di tangan kita. Kitalah yang akan menentukan nasib kita.


9 views0 comments