Search

SOKONGAN PEKERJAAN UNTUK BELIA BERISIKO


23.09.2020 | Cerita Orang Gagal di CCRC Bachok, Kelantan


Saya dan Anas Affendy (bekas banduan 17 kali di penjara) berpeluang “table-talk”dengan para penghuni wanita di CCRC Bachok, Kelantan. Sesi ini di aturkan oleh pimpinan belia di Kelantan iaitu Sdr Mohd Hakimi (Pengerusi MAYC Kelantan / Exco Majlis Belia Malaysia) dan Zairul Nizam (Belia 4B).


Tahniah kepada AADK khususnya kakitangan CCRC Bachok yang begitu cemerlang dan gigih bagi melaksanakan kepulilhan kepada para penghuni wanita disini yang tersalah langkah menggunakan dadah.


Keberkesanan sesuatu program pemulihan dadah sebenarnya memberi impak dan pengaruh terhadap kepulihan penagih. Ketahanan diri merupakan suatu kekuatan dalaman seseorang individu yang boleh membantu mereka untuk mengadaptasi kehidupan secara positif. Ia merupakan satu konsep yang sangat penting dalam perkembangan diri seseorang bekas penagih ke arah mengekalkan kepulihan setelah tamat menjalani program rawatan dan pemulihan. Ketahanan diri yang mantap berupaya memberikan implikasi positif ke arah kejayaan pemulihan bagi seorang penagih yang sedang berusaha membebaskan diri daripada pengaruh dadah.


NAMUN, saya fikir dan ingin tekankan tentang kepentingan sokongan majikan dalam membantu penagih untuk pulih dan bebas daripada pengaruh dadah. Saya yakin bahawa aspek pekerjaan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kejayaan seseorang bekas penagih untuk bebas daripada pengaruh dadah.


Pemerhatian dalam sesi saya semalam, saya percaya bahawa tahap sokongan yang sederhana dan rendah daripada majikan terhadap sokongan kepada kepulihan. Keadaan ini memberi gambaran bahawa kebanyakan majikan sukar untuk memberi kerjasama bagi memberikan peluang kepada bekas penagih untuk mendapatkan pekerjaan dan meneruskan kehidupan baru. Kebanyakan majikan tidak yakin dengan kebolehan dan komitmen bekas penagih untuk bekerja dengan organisasi mereka.


Namun majikan juga merungut apabila diterima bekerja, bekas penagih seolah-olah di ganggu dengan terpaksa kerap ambil cuti kerana brgelar OKP (Orang Kena Pengawasan) memaksa mereka melapor diri ke balai polis pada setiap bulan. Ini cabaran yang agak besar. Mungkin ada cara atau kaedah yang lebih baik.


InshaALLAH.


By Rizan Hassan

13 views0 comments