25.09.2020 | Team Cerita Orang Gagal (COG) berpeluang untuk menyantuni keluarga besar Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan di Kota Bharu, Kelantan.
Kelab ini di asaskan pada tahun 2015 oleh Ir Meor Shamshir Meor Zulkifli Auni bagi membantu asnaf terdiri daripada ibu tunggal dan fakir miskin.
Beliau percaya bahawa golongan asnaf pun ada fitrah mereka sendiri. Mereka ini 'special interest group'. Sebagaimana wujudnya kelab golf untuk peminat golf, perlu juga ada kelab khusus untuk asnaf, supaya mereka rasa 'sense of belonging',
Kes kemiskinan berlaku apabila seseorang atau keluarga tidak dapat untuk mendapatkan sumber yang diperlukan untuk memenuhi keperluan asas mereka walaupun pada hakikatnya sumber tidak terhad dan orang di sekeliling mereka biasanya hidup dengan baik. Kes kemiskinan mungkin dihasilkan oleh kehilangan pekerjaan secara tiba-tiba, ketidakupayaan untuk bekerja, atau kecederaan atau penyakit, dan mungkin juga akses pendidikan yang tidak menyokong.
Walaupun ia mungkin pada pandangan pertama kelihatan seperti punca individu, tetapi sebenarnya adalah salah satu isu sosial bersama, kerana ia tidak mungkin berlaku dalam masyarakat yang menyediakan jaringan keselamatan ekonomi kepada penduduknya.
Pendidikan dan Latihan adalah penyelesaian asas yang perlu di salurkan kepada kumpulan ini. Justeru, akses pendidikan dari segi kelayakan dan pendanaan adalah perlu untuk mereka. Sebagai contoh, Projek BELIA MAHIR (www.beliamahir.com) sentiasa teguh memperjuangkan nasib golongan ini termasuk Golongan Belia NEET (Not in Employment, Education and Training)
Bagi kita, memberilah sebanyaknya bukan menerima sebanyaknya. Di dalam rezeki kita adanya rezeki orang lain yang perlu kita kongsi demi kesejahteraan bersa,a
Bak kata Ir Meor, “Saya rasa gembira, kerana setiap orang ada masalah, tetapi apabila kita bantu, Allah SWT angkat rasa susah dalam hati kita, kerana apabila kita diuji, kita ada macam-macam dugaan, saya rasa ini adalah nikmat terbesar apabila bantu golongan ini.
Sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan, boleh hubungi:
Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan
PPM-019-013-24062015
Rumah Asnaf, PT1861, Taman Damai, Tanjung Mas
15400 Kota Bharu, kelantan
Tel: 013-977 2596
Maklumat Bann
Nama Bank:RHB Bank
No. Akaun: 25301600010751
Comentarios