top of page
Search

YOUNGSTER "KASI POWER" BELIA N.E.E.T


29.09.2020 | Kami di YOUNGSTER terus komited untuk mencipta keterampilan untuk golongan Belia NEET (Not in Employment, Education and Training).

Program Young Motorsport Technopreneur Bootcamp atau YOUNGSTER adalah inisiatif bersama NGO, NGI, Industri dan Penyedia Latihan Kemahiran yang menyediakan platform penyerlahan bakat dan potensi bidang motorsikal sebagai “tools”menyantuni kumpulan Belia NEET. Minat mereka perlu di perkasakan!

YOUNGSTER percaya pemerkasaan belia bertujuan meningkatkan kualiti hidup. Pemerkasaan belia dicapai melalui penyertaan dalam program bersifat yang mereka minati.

Terdapat banyak model yang digunakan oleh program pemerkasaan belia yang membantu belia mencapai pemerkasaan. Pelbagai inisiatif pemerkasaan belia sedang dijalankan di Malaysia, merentasi kementerian dan jabatan. Program-program seumpama ini boleh melalui NGO, organisasi kerajaan, sekolah atau organisasi swasta. Cuma persoalannya, adakah ianya “one off” atau bersifat bimbingan berterusan sehinggalah membudayakan “life-long-learning”.


Rakan Strategi YOUNGSTER ialah PUAK Payung, Federasi Kebangsaan Pekerja Belia, Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran, BELIA MAHIR, Team Dyno Speed dan Santai Anak Utara (SAU).

Kami bukanlah para sarjana.

Kami hanyalah insan yang lahir di tengah permasalahan masyarakat.

Di YOUNGSTER, kami percaya bahawa pemerkasaan belia berbeza dengan pembangunan belia kerana pembangunan berpusat pada pengembangan individu, sementara pemerkasaan difokuskan pada mewujudkan perubahan masyarakat yang lebih besar bergantung pada pengembangan kemampuan individu.

Oleh RIZAN HASSAN

66 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page