BELIA MAHIR percaya bahawa Latihan Berasaskan Komuniti boleh dianggap sebagai cara untuk mengembangkan konsep yang diajar dengan menghubungkannya melalui pengalaman peribadi, pengalaman langsung dan contoh yang mudah di fahami. Dengan cara ini, latihan berasaskan komuniti adalah alternatif kepada bentuk pembelajaran yang lebih tradisional dengan kelebihan dalam peningkatan pengekalan pengetahuan, pemerolehan kemahiran, dan persiapan untuk hidup kerana golongan Belia NEET (Not in Employment, Education and Training) dapat diberi lebih banyak peluang menerapkan pembelajaran dalam suasana praktikal dan kehidupan nyata.
BELIA MAHIR menyediakan program begini dengan tujuan untuk memberdayakan Belia NEET termasuk belia berisiko dan tercicir untuk mengambil peranan proaktif di masyarakat mereka.
Misi kami jelas ialah untuk menjadi platform peluang kedua dengan fokus khusus pada Belia NEET termasuk belia berisiko dan tercicir yang perlu kepada bimbingan berterusan.
Bagi Siri #01 Belajar Buat Roti Canai ini, BELIA MAHIR bekerjasama dengan Superotiman Malaysia dengan bantuan pendanaan untuk peserta oleh DANA KITA. Seramai 10 orang belia kumpulan berkenaan terlibat dalam sesi pertama ini.
Oleh Rizan Hassan
Bình luáºn