top of page
Search
Writer's pictureBelia Mahir (Rizan Hassan)

TOLAK PERSEPSI BELIA TIDAK MINAT PEKERJAAN 3D (DIRTY, DANGEROUS & DIFFICULT)


Masyarakat sering di momokkan untuk menerima realiti bahawa golongan belia belia tidak berminat untuk bekerja dalam sektor 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar.


Stigma yang begitu menebal sebenarnya boleh di hapuskan jika majikan turut terlibat sama dalam memberi latihan dan penempatan pekerjaan dengan kerjasama semua pihak khususnya badan bukan kerajaan (NGO) dalam bertindak sebagai pembimbing jatidiri kepada belia


Bertempat di Positive Youth Development Centre (PYDC) Bangi, seramai 20 orang belia melaporkan diri untuk bekerja dalam sektor selanggaraan mekanikal dan elektrik melalui kerjasama Projek Belia Mahir dan Eggartech Engineering Sdn. Bhd.


Usahasama ini adalah sebahagian dari perlaksanaan Skim Perantisan Nasional yang diinisiatifkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam membantu belia mendapatkan pekerjaan dalam suasana mencabar ekoran Pandemik Covid-19.


Bagi Projek Belia Mahir, kolaborasi bersama industri dalam memberikan latihan amat penting kerana ianya tidak akan memberikan bebanan hutang pinjaman pendidikan atau latihan kerana latihan diberikan adalah percuma.


Di pihak majikan, peluang turut sama memberi latihan akan dapat melahirkan tenaga kerja yang memenuhi kehendak dan keperluan industri kerana latihan di kendalilkan oleh pakar industri berpengalaman di tempat kerja sebenar.



Disediakan:

Mohammad Rizan Hassan

Ketua Projek Belia Mahir

Tel: 013-7733676

12.12.2020




488 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page